Berita Harian

Terima tempahan daripada golongan VIP

- Dari muka

Jadi tidak hairanlah jumpa sahaja kayu lama seperti pintu, spring kereta, drum meja, barangan bundle, tikar mengkuang dan sebagainya digunakan untuk rekaan hiasan dalamnya.

Itu tidak termasuk barangan lain yang menjadi fungsi untuk menyimpan, menggantun­g barangan lain, sama ada ia kecil atau besar, semua dihasilkan Norpadilah.

Ketika ditemui, Norpadilah berkata dia mengambil masa lima tahun bagi memenuhi setiap sudut di dalam rumahnya dengan barangan terpakai yang dibuatnya sendiri dan adakala dibantu suaminya.

Barangan terpakai ‘laku keras’

Katanya, apa sahaja barang yang ditemui dan boleh dipakai semula akan dibawa pulang sebelum diubah suai mengikut cita rasa dan kreativiti­nya.

“Kita perlu kreatif dalam menghasilk­an sesuatu barangan, kaedah ‘try and error’ banyak digunakan dalam penghasila­n sesuatu barang dan ia tidak merugikan apatah lagi ada barang terpakai yang dicipta semula turut mendapat permintaan dan ‘laku keras’ sekiranya dijual.

“Jika pergi berjalan atau ke mana sahaja sekiranya terjumpa barang yang dibuang tetapi boleh digunakan saya akan bawa pulang dan berdasarka­n idea, kita perlu kreatif menghasilk­an produk yang diberi nafas baharu,” katanya yang memulakan idea aktiviti itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), fasa COVID-19 lalu.

Cari kayu di tanah perkuburan

Norpadilah mengakui kawasan pembuangan berhampira­n tanah perkuburan kebiasaan menjadi lokasi tempat pembuangan pelbagai jenis kayu dan dia sanggup ke lokasi itu mencari pelbagai jenis kayu yang dibuang sebelum dibakar.

Dalam pada itu katanya papan yang digunakan membuat reban ayam oleh arwah ibunya antara yang mempunyai nilai sentimenta­l dan dia mengubahny­a menjadi tempat meletak sebuah mesin jahit lama.

“Reban itu dibina arwah ibunya ketika dia masih remaja dan selepas ketiadaann­ya empat tahun lalu, kayu reban yang masih elok diambil dan ia menjadi nostalgia paling berharga buat diri sendiri

Bekas kakitangan kerajaan dan kini suri rumah itu juga mempamerka­n bakat dalam dekorasi rumah menerusi platform media sosial dan berjaya menarik minat orang ramai untuk datang melawat rumahnya.

Ujarnya, sebuah bilik yang dijadikan untuk dia membuat bahan kandungan bagi platform media sosialnya seperti Tiktok dijadikan sebagai uji kajinya membabit dia dan pengikutny­a yang beratus ribu.

Katanya, bilik itu bermula daripada kosong atau tiada apa-apa di dalamnya, namun dia menghias atau mengubahny­a atas permintaan pengikut yang mahu saya melakukan hiasan atas permintaan mereka.

“Hasil tukangan pertama saya adalah meja kopi berbentuk peti yang dibuat untuk tempoh dua minggu. Awalnya saya cuma gunakan tukul besi dan gergaji, sebelum suami beri sokongan dan membeli mesin dan barangan lama.

“Saya berpuas hati apabila dapat melengkapk­an keseluruha­n rumah hasil kerja tukang sendiri. Malah suami dan anak-anak tidak pernah merungut disebabkan dekorasi dalaman rumah semuanya menggunaka­n barang kitar semula.

“Saya mengambil masa seminggu untuk melakukan kerja bertukang bagi menyiapkan perabot seperti kerusi atau almari, manakala untuk aksesori macam tempat gantung kunci atau barang kecil mampu saya selesaikan antara satu hingga tiga hari,” katanya.

Sentuhan kebaya perca

Bagi Rafidah sentuhan kreatif tangannya menerusi kebaya perca, bingkai ranting dan pokok duit menjadikan hasil tangannya itu turut mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai. Seperti adiknya, semua yang dilakukan bermula secara serius apabila terpaksa ‘berkurung’ di rumah gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an negara pada Mac 2020. “Sebelum itu, saya sumembuat dah mula kerja menghias rumah melalui konsep seni dinding ini tetapi tidak serius, hanya sekadar suka-suka sahaja, namun apabila ia mendapat tempahan sebaik dikongsi di media sosial, ia menjadi serius. “Kebaya perca dan pokok duit antara yang paling banyak ditempah manakala hasil pertukanga­n berasaskan kayu selain bingkai ranting turut dibuat pelbagai arca yang kebanyakan digunakan untuk kegunaan sendiri bagi menghias rumah.

Katanya, pengalaman sebagai tukang jahit banyak membantu menyiapkan hasil kerja kebaya perca yang menerima tempahan daripada orang kenamaan atau VIP antaranya Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Disebabkan rumahnya bersebelah­an dengan rumah adiknya, ada kala mereka berdua berkongsi idea bagi menghasilk­an sesuatu barangan.

“Jika paras air sungai di belakang rumah naik, biasanya saya dibantu suami mencari kayu hanyut dan sekiranya kayu itu berat, ia akan dipikul oleh suami untuk dibawa pulang. Malah, suami turut mempunyai kemahiran membuat perabot.

“Bagi kami dua beradik yang mempunyai cita rasa sama, setiap barang dihasilkan pasti ada cerita sendiri seperti kebaya perca yang kali pertama dibuat, tetapi tidak menjadi tetap disimpan sebagai kenangan dan seperti adik, barangan dihasilkan menggunaka­n kaedah ‘try and error’ selain menonton di internet,” katanya.

Hakikatnya, bagi sesiapa yang melihat hasil dekorasi dan kerja tangan Norpadilah dan Rafidah pasti teruja dan mungkin boleh menjadi inspirasi melakukan perkara sama yang ternyata mampu menjimatka­n belanja. Bak kata Norpadilah ‘Jom Kita DIY’.

 ?? ??
 ?? ?? Rafidah (kanan) bersama Norpadilah menunjukka­n tulisan jawi tulisan tangan arwah bapa yang dibingkaik­an menggunaka­n kayu reban ayam.
Rafidah (kanan) bersama Norpadilah menunjukka­n tulisan jawi tulisan tangan arwah bapa yang dibingkaik­an menggunaka­n kayu reban ayam.
 ?? ?? Sebuah bilik dijadikan sebagai bilik eksperimen Norpadilah bersama pengikut media sosialnya yang memberi idea bagi menghias bilik berkenaan.
Sebuah bilik dijadikan sebagai bilik eksperimen Norpadilah bersama pengikut media sosialnya yang memberi idea bagi menghias bilik berkenaan.
 ?? ?? Pelbagai perabot dan aksesori daripada barangan kitar semula.
Pelbagai perabot dan aksesori daripada barangan kitar semula.
 ?? ?? Mohd Rahim bersama basikal klasik miliknya.
Mohd Rahim bersama basikal klasik miliknya.
 ?? ?? (Foto Nazri Abu B ar/bh)
(Foto Nazri Abu B ar/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia