Berita Harian

MOTAC kembali namakan Seniman Negara

Setelah terhenti sejak 2009, penganjura­n ASN bakal iktiraf sumbangan seniman pelbagai bidang

- Oleh Ercy Gracella Ajos bhsastera@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) kembali menganjurk­an Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) bagi mengiktira­f ketokohan, dan sumbangan penggiat, karyawan serta seniman tempatan dalam industri seni budaya tanah air.

ASN ialah anugerah paling berprestij dalam bidang kesenian dan diadakan pada kali terakhir sekitar 2009.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Mohd Yusri Mohd Yusoff, berkata menerusi ASN senimansen­iman berbakat akan diberikan pengiktira­fan dan apresiasi yang setimpal, sekaligus memberikan dorongan kepada mereka untuk terus berkarya dalam menghasilk­an karya seni berkualiti tinggi.

Katanya, lima bidang seni yang akan diangkat melalui ASN 2024 kali ini termasukla­h seni muzik, tarian, lakonan (pementasan) selain kraf dan visual.

“ASN juga menjadi satu platform pengiktira­fan yang penting dalam menghargai dan mempromosi­kan kecemerlan­gan dalam seni dan budaya Malaysia.

“Anugerah ini menjadi titik fokus utama dalam mengiktira­f dan memperkasa pencapaian dalam pelbagai bidang seni di Malaysia.

“Lima pemenang dalam setiap kategori akan menerima Anugerah Karyawan Seni manakala anugerah khas merangkumi seniman terbaik daripada mana-mana kategori akan menerima penghormat­an menerima Anugerah Seniman Negara,” katanya dalam pertemuan dengan BH.

Tambah Mohd Yusri, MOTAC menerima banyak pencalonan sebaik saja tarikh penyertaan ditutup sekitar Februari lalu. Semua pencalonan itu katanya sedang disaring dan dinilai dengan mengambil kira empat kriteria utama iaitu penghasila­n karya atau penciptaan produk; sumbangan; pengiktira­fan dan kepimpinan.

Raikan sumbangan seni

Katanya, ASN tidak hanya menghargai kecemerlan­gan individu dalam bidang seni visual, muzik, tari, teater, filem dan seni kreatif lainnya, tetapi juga meraikan sumbangan penggiat seni dalam memperkaya serta memperluas­kan landskap seni dan kebudayaan negara.

“ASN akan terus mempertaha­nkan tradisinya sebagai anugerah terunggul dalam bidang seni tanah air.

“Melaluinya, Malaysia mahu mengekalka­n kedudukann­ya sebagai pusat kepelbagai­an seni dan kebudayaan serta terus menyumbang kepada pembanguna­n dan promosi seni sebagai aset penting dalam identiti negara.

“Selain itu, harapan dan aspirasi MOTAC menerusi penganuger­ahan ini supaya kesedaran umum terhadap seni dan budaya kita dapat dipertingk­atkan selain menyumbang kepada pembanguna­n industri seni kreatif,” katanya.

Mohd Yusri turut melihat penganjura­n anugerah sebegini mampu menjadi pemangkin untuk lebih banyak kolaborasi antara pihak industri, agensi kerajaan dan masyarakat.

Kolaborasi sebegitu katanya penting untuk memajukan seni dan budaya sebagai satu elemen penting dalam pembanguna­n negara.

Untuk rekod, seniman bergelar ASN akan menerima wang tunai berjumlah RM60,000; watikah penganuger­ahan; trofi Anugerah Seni Negara; sepersalin­an pakaian kebangsaan selain menjadi seniman tamu di MOTAC. Penerima juga akan menerima insentif penghasila­n karya selain penerbitan berkaitan.

Sebelum ini ia sudah diadakan sebanyak lapan kali iaitu bermula dari tahun 1993, 1995, 1997, 1999, 2002, 2004, 2006 dan kali terakhir penganjura­nnya adalah pada tahun 2009.

Antara tokoh yang pernah menerima ASN termasukla­h Tan Sri Jins Shamsudin (seni lakon dan perfileman); Tan

Sri Ahmad Nawab (seni muzik); Abdul Rahman Abu Bakar (bangsawan), Datuk Syed Alwi Syed Hassan (teater) dan Khatijah Awang (Makyong).

Dalam pertemuan berkenaan, Mohd Yusri turut memaklumka­n sehingga kini terdapat sebanyak 188 seni persembaha­n yang diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan di bawah

Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645], termasuk seni persembaha­n Bangsawan; Dondang Sayang; Joget Melayu; Mak Yung; Ngajat; Sewang; Sumazau;

Tarian Singa Atas Tiang; Wayang Kulit; Boria dan Dikir Barat.

Anugerah ini menjadi titik fokus utama dalam mengiktira­f dan memperkasa pencapaian dalam pelbagai bidang seni di Malaysia”

Mohd Yusri Mohd Yusoff

Senarai warisan

Selain seni persembaha­n Gamelan; Gendang Dua Puluh Empat Perayaan (Gendang Cina); Tarian Bangra (Tarian Kaum Sikh); Tarian Bharata

Natyam (Tarian Kaum India); Tarian Zapin; Bongai; Chingay; Kompang; Lagu Dengar Ini Cerita; Lagu Aduhai Sayang; Lagu Aci-aci Buka Pintu; Lagu Aneka Ragam juga berada dalam senarai berkenaan.

“Bagi warisan makanan tempatan pula, sebanyak 213 makanan tempatan diiktiraf sebagai warisan kebangsaan termasuk nasi lemak; nasi ayam; nasi kunyit (pulut kuning); nasi tumpang; nasi kerabu; nasi dagang; nasi himpit; nasi goreng; nasi ulam selain ketupat dan lemang.

“Turut tersenarai adalah mi mamak, laksa asam, laksa asam, rendang, serunding, manok pansoh, gulai tempoyak ikan patin, gulai lemak umbut, yee sang, satay, cencaluk dan beberapa lagi jenis masakan,”katanya.

Kongsi Mohd Yusri, daftar warisan negara turut menyenarai­kan 93 butiran tapak bersejarah antaranya Penang Free School; Masjid Melayu Leboh Acheh (Pulau Pinang); tapak arkeologi Sungai Batu di Kedah; Istana Jahar dan bangunan Muzium Negeri di Kota Bharu Kelantan; Bangunan Big School Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak; Gua Batu Tambun dan Gua Gunung Runtuh di Perak; bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Kuala Lumpur serta Masjid Sultan Abdul Samad yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek. Tambahnya lagi, terdapat sembilan tapak atau bangunan di Melaka juga tersenarai sebagai warisan kebangsaan antaranya bangunan Stadthuys dan runtuhan Gereja St Paul serta Rumah Penghulu Md Nattar.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu tesenarai antara 93 butiran tapak bersejarah dalam daftar warisan negara.
Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu tesenarai antara 93 butiran tapak bersejarah dalam daftar warisan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia