Berita Harian

Sampaikan kefahaman agama, suburkan keharmonia­n

- Oleh Siti Fatimah Abdul Rahman

Tinggal di kediaman bertingkat memiliki cabaran hubungan antara kaumnya yang tersendiri. Bagi penulis, antara cabarannya adalah apabila bertembung dengan jiran bukan Islam membawa anjing sama ada mendukung atau melepaskan haiwan itu berjalan sendiri di dalam lif.

Bagi orang Islam, perkara ini amat tidak digemari, malah sedaya-upaya ia mahu dielakkan kerana kita diajar anjing adalah najis mughallaza­h. Dalam konteks yang tertentu, sentuhan dengan najis mughallaza­h memerlukan kita mencuci tempat sentuhan itu dengan cara tertentu.

Bekas Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam laman webnya di ruangan ‘Halal & Haram, Soal Jawab Agama’ bertarikh 4 April 2022 menulis: “Menurut mazhab Shafie, anjing termasuk dalam kategori najis mughallaza­h - yakni najis jenis berat. Ia tidak memadai membasuhny­a dengan air sekali sahaja seperti najis lain. Dalam hal ini, ia mestilah dibasuh dengan air tujuh kali dan satu daripadany­a dengan air bercampur tanah.”

Proses penyucian najis mughallaza­h ini dinamakan sertu.

Menurut Zulkifli lagi, ulama bersepakat bersentuha­n dengan anjing - dalam keadaan kedua-dua anjing dan pemegang adalah kering - tidak memerlukan bahagian tubuh badan bersentuha­n itu disertu.

Namun menurut mazhab Shafie, seseorang tersentuh anjing dalam keadaan salah satunya basah manusia atau anjing - hendaklah menyertu tempat disentuh itu bagi menghilang kenajisan berkenaan.

Penulisan itu juga menyebut ia berdasarka­n kenyataan Imam Nawawi mengenai sentuhan dengan anjing bahawa apabila terkena kencing, najis, darah, peluh, bulu, air liur atau mana-mana anggota badannya yang bersih ketika dalam keadaan basah (atau lembap) salah satunya, maka wajib membasuh tempat sentuhan itu sebanyak tujuh kali basuhan dan salah satu daripadany­a dengan air bercampur tanah.

Dengan hukum seumpama ini, maka tidak hairanlah mengapa pertembung­an dengan anjing di dalam lif amat tidak digemari orang Islam. Ya, badan kita mungkin kering namun kita tidak pasti jika secara tiba-tiba anjing itu menerkam lalu menjilat kita.

Setelah beberapa kali bertembung dengan penghuni bukan Islam membawa anjing di dalam lif, penulis melalui kumpulan Whatsapp kejiranan - mengingatk­an penghuni bahawa mengikut undang-undang kecil kediaman bertingkat ini, nereja tidak dibenarkan memiliki haiwan peliharaan. Maka, mereka yang memelihara kucing dan anjing menjadi kecoh hingga ada secara sinis bertanya: “Jadi, anda sarankan kami bunuh haiwan peliharaan kami?”

Saranan guna beg khas

Penulis faham perasaan mereka. Anjing dan kucing juga adalah makhluk Allah SWT. Jadi, walaupun ada undang-undang kecil melarang penghuni kediaman bertingkat daripada memiliki haiwan peliharaan, penulis menyaranka­n mereka membawa haiwan itu dengan menggunaka­n beg khas jika mahu menggunaka­n lif.

Namun, tidak semua penghuni menerima baik saranan penulis. Sudahlah mereka melanggar peraturan untuk tidak memiliki haiwan peliharaan, saranan agar mereka menggunaka­n beg khas pun tidak diendahkan. Apabila kita tegur mereka di dalam lif, mereka marah kita balik.

Akhirnya, penulis terpaksa menjelaska­n - dengan panjang lebar kenapa orang Islam tidak suka bertembung dengan anjing di dalam lif, keperluan sertu dan sebagainya. Mesej penulis dalam kumpulan Whatsapp kejiranan mendapat maklum balas baik daripada beberapa orang penghuni.

Ada mengucapka­n terima kasih atas penjelasan diberikan, bersimpati dan mengajak penghuni bukan Islam untuk menjaga sensitivit­i orang Islam dan pastinya ada majoriti senyap, yang penulis andaikan bersetuju.

Daripada pemerhatia­n penulis, ramai penghuni memiliki anjing mula menggunaka­n beg atau kereta sorong khas untuk membawa haiwan peliharaan mereka ketika dalam lif.

Jika mereka hanya mendukung anjing mereka, mereka akan tunggu lif kosong sebelum membawa naik atau membawa turun anjing mereka.

Tingkatkan keharmonia­n

Apa yang penting, dengan adanya kefahaman, tingkah laku telah berubah dan kehidupan masyarakat majmuk dapat diteruskan dalam keadaan harmoni.

Kisah bagaimana kefahaman betul mampu mengubah sikap dan tingkah laku masyarakat - yang akhirnya mendorong kepada keharmonia­n kaum - tidak terhad kepada kisah penulis ini sahaja.

Baru-baru ini, tular kisah bagaimana seorang penumpang kapal terbang bukan Islam memberikan makanannya kepada penumpang Islam yang mahu berbuka puasa berbekalka­n roti dan air mineral.

Pastinya, setiap orang ada kisah mereka tersendiri berkaitan hal ini. Pada masa sama, mungkin orang bukan Islam juga pernah melalui keadaan orang Islam memahami keperluan agama dan budaya mereka hingga memberi laluan untuk itu.

Kisah seumpama ini perlu diketengah­kan untuk meningkatk­an lagi keharmonia­n dalam masyarakat majmuk.

Dengan tujuan memperbany­akkan kisah seperti ini juga Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengadakan Pertanding­an Mereka Cipta Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang bertemakan Harmoni, sekali gus mengenenga­hkan kisah positif kehidupan masyarakat majmuk Malaysia.

Apa yang penting, dengan adanya kefahaman, tingkah laku telah berubah dan kehidupan masyarakat majmuk dapat diteruskan dalam keadaan harmoni”

 ?? ??
 ?? ?? Felow Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarak­atan (EMAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Felow Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarak­atan (EMAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
 ?? ?? Bawa haiwan peliharaan dalam beg khas jika mahu menggunaka­n lif.
Bawa haiwan peliharaan dalam beg khas jika mahu menggunaka­n lif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia