Berita Harian

Amaran Postecoglo­u buat The Gunners

- AFP

Ange Postecoglo­u menegaskan Tottenham akan kekal dengan falsafah menyerangn­ya bagi pertembung­an genting seteru tetangga utara London malam ini menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Pasukan kendalian Postecoglo­u tidak mampu tewas di tangan musuh tradisi mereka di Stadium Tottenham Hotspur ketika mereka cuba kekal bersaing untuk layak ke Liga Juara-juara.

Pasukan tangga kelima, Tottenham enam mata di belakang pasukan tangga keempat Aston villa, yang boleh melebarkan kelebihan itu kepada sembilan mata jika mereka mengalahka­n kelab bermasalah, Chelsea.

Tottenham beraksi kurang tiga perlawanan berbanding Villa sebelum sepak mula menentang Arsenal, tetapi Postecoglo­u menegaskan hanya kemenangan dapat membantu dalam merebut empat tangga teratas.

Semua itu dalam fikirannya, pengendali dari Australia itu tidak berhasrat menurunkan pasukan bagi pertembung­an seteru tetangga dengan corak bertahan, sekalipun Arsenal memperagak­an kekuatan serangan mereka ketika membelasah Chelsea 5-0 Selasa lalu.

“Hanya mahu memastikan anda menerima cabaran dan cuba menanganin­ya dengan cara bagaimana kami mampu berada di posisi ini.

“Dari perspektif kami, kami menunjukka­n beberapa persembaha­n tidak konsisten, tetapi apabila kami bermain bagus, kami beraksi dengan satu cara tertentu dan melakukann­ya dengan satu cara tertentu.

“Tiada gunanya sekarang apabila anda berada dalam tempoh paling penting untuk malumalu menyerang atau mengubah pendekatan anda.

“Anda perlu menggandak­annya dan fokus bermain cara bola sepak kami. Ia satu ukuran yang hebat buat kami kerana kalau tidak anda tidak akan tahu di mana kesilapan anda atau sama ada anda boleh berjaya melakukann­ya dengan cara kami,” kata Postecoglo­u kepada wartawan.

 ?? Ange Postecoglo­u ??
Ange Postecoglo­u

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia