Berita Harian

Skuad wanita sedia buat kejutan

Pemain muda bawa misi besar mahu tumbangkan Taiwan pada aksi pembukaan

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita negara, Tan Zhing Yi menyemat keyakinan tinggi terhadap kemampuan pasukan Piala Uber kali ini untuk melakar kejutan pada aksi pertama Kumpulan B menentang Taiwan, hari ini.

Zhing Yi yang berkemungk­inan digandingk­an bersama Ho Lo Ee mengakui Taiwan bukanlah lawan yang mudah apatah lagi mereka bakal turun selaku pasukan underdog.

“Harapan kami adalah untuk cuba melakar kejutan ke atas pasukan yang berada di ranking lebih tinggi. Semangat pasukan berada dalam keadaan baik dan kami juga tidak merasa sebarang tekanan,” kata Zhing Yi.

Skuad Piala Uber negara yang kali ini diketuai Teoh Mei Xing rata-ratanya dibarisi pemain muda dengan beregu terdiri daripada pemain berusia 18 tahun Siti Zulaikha Azmi; Zhing Yi (21); Lo Ee (21); Chan Wen Tse (19) dan Go Pei Kee (22).

Pemain perseorang­an pula diketuai Goh Jin Wei (24); K Letshanaa (20); Wong Ling Ching (20) dan Siti Nurshuhain­i Azman (19).

Beregu no 1 tak disenarai

Edisi kali ini juga menyaksika­n Malaysia tidak menyenarai­kan Pearly Tan-m Thinaah bagi membolehka­n beregu wanita nombor satu negara itu memberikan masa yang lebih untuk melakukan persiapan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai.

Selepas perlawanan pertama Kumpulan B bertemu Taiwan, Malaysia turut dijadual mengharung­i perlawanan berdepan Thailand esok sebelum menentang Australia, 1 Mei ini.

Dalam pada itu, Pengarah Kejurulati­han Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mengharapk­an barisan pemain dapat menunjukka­n prestasi yang baik sama seperti ditunjukka­n mereka ketika sesi latihan sebelum ini.

“Buat masa ini, skuad Piala Uber tidak diberikan banyak perhatian, tetapi mereka sentiasa menunjukka­n aksi positif dalam sesi latihan.

“Saya harap mereka boleh mengekalka­n aksi seperti itu dalam perlawanan nanti,” kata Rexy.

 ?? (Foto Sukhairi Thani/bh) ?? Zhing Yi (kiri) bersama Lo Ee ketika sesi latihan di ABM, baru-baru ini.
(Foto Sukhairi Thani/bh) Zhing Yi (kiri) bersama Lo Ee ketika sesi latihan di ABM, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia