Berita Harian

Malaysia lepasi halangan pertama

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pemain beregu utama negara, Aaron Chia menyifatka­n masih ada kekurangan yang boleh diperbaiki bersama gandingann­ya Soh Wooi Yik pada kempen Piala Thomas 2024 yang membuka tirainya semalam.

Walaupun berjaya membantu negara memperoleh mata pada aksi pertama Kumpulan D menentang Hong Kong, namun Aaron dapat merasakan masih ada sesuatu yang boleh diperbaiki bagi membantu pasukan mengharung­i perlawanan seterusnya.

Gandingan juara 2022 itu menghadiah­kan mata kedua buat skuad negara selepas menewaskan Law Cheuk Him-yeung Shing

Choi dengan straight set 21-16, 2112 dalam tempoh 27 minit.

“Saya rasa masih ada kekurangan lagi tetapi (keseluruha­n) OK dengan perlawanan hari ini (semalam).

“Mungkin ini disebabkan yang kita mempunyai kelebihan berbanding lawan namun apa yang penting, kita kena terus fokus untuk setiap perlawanan akan datang kerana ia penting buat pasukan,” kata Aaron.

Pamer aksi terbaik

Skuad Piala Thomas negara mencatat kemenangan maksimum 5-0 ke atas Hong Kong dengan mata pertama Malaysia disumbangk­an pemain perseorang­an profesiona­l, Lee Zii Jia yang menewaskan Lee Chiuk Yiu 21-18, 21-18.

Mata ketiga negara diperoleh menerusi perseorang­an negara, Leong Jun Hao yang menewaskan Ng Ka Long 17-21, 21-12, 21-15.

Jun Hao yang sebelum ini menggantik­an Ng Tze Yong selaku perseorang­an kedua negara mempamerka­n persembaha­n terbaiknya bagi menghadiah­kan kemenangan buat kem negara.

“Memang saya tahu akan berjumpa Angus, jadi ada buat persiapan, melihat video bagaimana untuk menyaingin­ya dan semua persiapan dan perancanga­n itu menjadi.

“Saya gembira kerana berjaya membantu pasukan memperoleh mata,” kata Jun Hao.

Goh Sze Fei-nur Izzuddin Rumsani memberikan mata keempat negara susulan kemenangan ke atas Lee Chun Hei Reginald-tang Chung Man 21-19, 21-17.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia