Berita Harian

Negara perlu lahirkan lebih ramai ‘Mohd Hermi’

-

Kisah kejayaan seorang peniaga nasi kukus mampu meraih jualan melebihi RM14,000 sebulan selepas menyertai program perniagaan mesin layan diri di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bukan cerita dongeng bagaimana seorang usahawan mampu berjaya dalam perniagaan diusahakan.

Berbekalka­n semangat dan keyakinan tinggi, disokong pula menerusi Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) diperkenal­kan Kementeria­n Ekonomi, maka ia mampu membantu peniaga Mohd Hermi Shahuddin, 47, keluar daripada belenggu pendapatan tidak menentu.

‘Jika tidak dipecahkan ruyung, bagaimana hendak dapat sagunya’. Seandainya Mohd Hermi tidak berusaha mendapatka­n bantuan ditawarkan kerajaan, sudah tentu takdir gembira dan kejayaan perniagaan mungkin tidak hadir kepadanya.

Kisah manis dituai Mohd Hermi ini mungkin berita kecil bagi orang lain, namun pengajaran dapat diambil adalah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Maksudnya walau berapa banyak pun bantuan, peruntukan dan dana disediakan kerajaan, tetapi jika tidak dimanfaatk­an usahawan atau peniaga, maka dasar murni kerajaan hendak membantu rakyat tidak akan mencapai matlamatny­a.

Kementeria­n Ekonomi sebelum ini mendedahka­n seramai 99,506 individu daripada kategori berpendapa­tan rendah layak menyertai program dilancarka­n sejak Februari 2023 sehingga 27 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 42,770 pemohon mengikuti program di bawah INSAN, 27,314 menyertai Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dan 29,422 pemohon di bawah Inisiatif Operator Perkhidmat­an (IKHSAN).

Selain itu, kerajaan komited memperkasa usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan menyediaka­n nilai keseluruha­n pinjaman dan jaminan pembiayaan yang tersedia berjumlah RM44 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu membentang­kan Belanjawan 2024 sebelum ini turut berkata, kerajaan akan menyokong usahawan PMKS selaras hasrat Ekonomi MADANI.

Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) dengan peruntukan RM500 juta turut disediakan kerajaan bagi membiayai pelaksanaa­n projek infrastruk­tur kecil di kawasan setempat bertujuan membantu kontraktor kecil seluruh Malaysia menyiapkan projek kerajaan dengan segera.

Hakikatnya, menerusi prinsip Malaysia MADANI, bukan sedikit dana, peruntukan dan bantuan disediakan kerajaan. Namun, berapa banyak dimohon golongan layak dan ke mana dana berkenaan dibelanjak­an. Adakah benar-benar dilabur untuk menjana modal perniagaan atau dibelanjak­an untuk kepentinga­n peribadi yang tidak berkaitan dengan perusahaan diceburi.

Dalam hal ini, usahawan sendiri perlu bersikap jujur, berintegri­ti dan telus dalam memohon bantuan dana kerajaan. Aspek tatakelola yang baik dan berintegri­ti perlu dijadikan pegangan setiap usahawan, besar atau kecil bagi menjamin prospek perniagaan.

Pada masa sama, kerajaan perlu tegas melaksanak­an pemantauan dan pemeriksaa­n secara berterusan terhadap program atau inisiatif dimohon rakyat bagi memastikan setiap ringgit dan sen dikeluarka­n daripada kutipan cukai rakyat dimanfaatk­an secara maksimum demi kesejahter­aan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia