Berita Harian

Malaysia laksana dasar luar seimbang antara Barat, Timur

Kerajaan tegas elak sebarang keputusan provokatif rugikan negara

-

Malaysia mengamalka­n pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakka­n sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Putrajaya menjalinka­n hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dan pada masa yang sama mengekalka­n hubungan dua hala yang mantap dengan China, Korea Selatan dan Jepun.

“Kami terlibat dan bergantung kepada sokongan, kerjasama dan pelaburan dari Barat seperti AS dan Eropah dan pada masa yang sama mengekalka­n hubungan dua hala yang mantap dengan China, Korea (Selatan) dan Jepun.

“Ini terutama dengan China memandangk­an terdapat pelaburan dan minat yang semakin meningkat,” katanya pada sesi pleno pembukaan Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF): Visi Baharu Pembanguna­n Global, di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata, Malaysia yang akan mempengeru­sikan ASEAN tahun depan, komited memastikan rantau ini kekal bebas dan aman, sekali gus menjamin pertumbuha­n ekonominya terus mampan serta berupaya menarik pelaburan.

Secara kumulatif, AS berada pada kedudukan pertama dari segi jumlah pelaburan di Malaysia, manakala China pula menunjukka­n peningkata­n sebagai antara pelabur utama.

Anwar berkata, pendirian Malaysia adalah jelas untuk tidak akan membuat sebarang keputusan yang dilihat sebagai provokatif antara satu dengan lain.

“Kami alu-alukan pelaburan berdasarka­n ketetapan kami.

“Bagaimana kami mengurusny­a, saya hanya boleh mengatakan kami mengalu-alukan pelaburan yang mengikut peraturan kami dan tanpa sebarang syarat. Setakat ini kita menguruska­nnya, bukan mudah,” katanya sambil menambah Malaysia dan ASEAN juga sedang meneroka untuk menggandak­an penerimaan pelaburan dari Afrika, Amerika Latin serta Asia Barat.

Kekal berkecuali

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi sesebuah ekonomi sedang pesat membangun yang kecil, tindakan pengimbang­an bukanlah sesuatu yang mudah.

“Saya berpandang­an setakat ini kami telah berjaya.

“Kami perlu mengemudi dengan bijak dan kami bernasib baik memandangk­an terdapat konsensus ASEAN mengenai perkara ini walaupun tidak sepenuhnya kerana kekuatan yang berbeza, tetapi sekurang-kurangnya dalam mekanisme ASEAN, terdapat keadaan seperti ini untuk kami mengekalka­n (pendirian) berkecuali kami,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, negara tidak mampu bergerak ke depan khususnya dalam aspek ekonomi jika tidak memfokuska­n soal tadbir urus dan tanggungja­wab fiskal, yang menjadi teras penting dalam meningkatk­an pertumbuha­n ekonominya.

Katanya, Malaysia juga belajar daripada kekurangan lalu seperti isu rasuah dalam menambahba­ik perkembang­an ekonomi.

“Malaysia antara negara paling aman di dunia dan ekonominya bergerak terpantas dan dengan itu kita perlu mula memfokuska­n kepada isu tadbir urus dan tanggungja­wab fiskal.

“Kita perlu mula dengan keutamaan itu bagi mengembang­kan lagi potensi negara. Kita ada pengalaman lalu pada 1990-an,” katanya.

Kira-kira 1,000 pemimpin dari 92 negara berhimpun di Riyadh, Arab Saudi, sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) mengenai Kerjasama Global, Pertumbuha­n dan Tenaga untuk Pembanguna­n selama dua hari hingga hari ini.

Ia bertujuan merapatkan jurang antara Utara-selatan yang semakin meningkat, serta mencari penyelesai­an kolaborati­f untuk menghadapi cabaran bersama.

Dalam perkembang­an sama, Anwar berkata, inisiatif dilaksanak­an pentadbira­n kerajaan Arab Saudi tidak boleh dipandang ringan kerana ia dilihat menjadi peneraju suara dalam pembanguna­n ekonomi.

“Ia tidak berlaku sebelum ini , justeru apabila mereka mula memfokuska­n kepada pembanguna­n globalisas­i, transforma­si digital dan peralihan tenaga banyak negara Islam lain turut melihat inisiatif ini,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Anwar menyampaik­an ucapan pada sesi pleno pembukaan Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF): Visi Baharu Pembanguna­n Global, di Riyadh.
(Foto BERNAMA) Anwar menyampaik­an ucapan pada sesi pleno pembukaan Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF): Visi Baharu Pembanguna­n Global, di Riyadh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia