Berita Harian

BERSATU serah tujuh YB notis selepas PRK

Mesyuarat MPT diadakan untuk sahkan tindakan bakal diambil

- Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi bhnews@bh.com.my

Larut: BERSATU akan menyerahka­n notis pengosonga­n kerusi kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perdana Menteri selepas selesai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Setiausaha Agung BERSATU,

Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya akan mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk mengesahka­n tindakan yang akan diambil.

“Arahan itu saya terima daripada MPT dan selepas sahaja PRK Kuala Kubu Bharu, kita akan segera melaksanak­an mesyuarat ini.

“Sehari selepas mesyuarat itu kita akan serah notis kepada enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN yang menyokong kerajaan.

“Sepatutnya mesyuarat ini akan kita adakan dalam masa terdekat, namun terpaksa fokus pada PRK dahulu,” katanya ditemui media dalam Sambutan Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Semai Bakti FELDA

Ijok, semalam.

Peringatan kepada semua

Menurutnya, tindakan itu bukanlah hanya untuk mereka (enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN), sebaliknya ia ada peringatan dan pengajaran kepada semua wakil rakyat BERSATU.

Enam Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan adalah Datuk

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnai­n Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Seorang lagi yang terbabit adalah ADUN Selat, Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Dalam pada itu, beliau menyifatka­n enam Ahli Parlimen yang mengambil mudah tindakan yang bakal dikenakan sebagai permainan psikologi terhadap diri mereka sendiri.

“Tak perlu komen tindakan mereka itu, kalau dah kena esok baru dia tahu.

“Biarkan tindakan dia psiko diri sendiri sebab nak melegakan diri sendiri,” katanya.

 ?? (Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi/bh) ?? Hamzah bersama pengunjung pada Sambutan Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Semai Bakti FELDA Ijok, semalam.
(Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi/bh) Hamzah bersama pengunjung pada Sambutan Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Semai Bakti FELDA Ijok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia