Berita Harian

Sultan Mizan kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu

Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara ketuai senarai penerima

- Kuala Terengganu:

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniak­an Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, di sini, semalam.

Pengurniaa­n itu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Sultan Terengganu.

Turut berangkat adalah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendahului

senarai penerima dengan dianugerah­kan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) Yang

Amat Terpilih yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ia diikuti pengurniaa­n Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan

Mizan Zainal Abidin Terengganu (DSMZ) Yang Amat Terpilih kepada Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi yang membawa gelaran Datuk.

Turut dianugerah­kan DSMZ ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

25 terima DPMT

Baginda turut berkenan mengurniak­an kepada 25 individu Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) Yang Amat Dihormati.

Antara penerima DPMT ialah

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Wan ukairi Wan Abdullah dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Rosli Latif.

Sultan Mizan turut mengurniak­an Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih kepada 21 penerima, Setia Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (14 penerima); Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (13 penerima) dan Ahli Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (27 penerima).

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Sultan Mizan mengurniak­an Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih membawa gelaran Datuk Seri kepada Razarudin di Istana Syarqiyyah, semalam.
(Foto BERNAMA) Sultan Mizan mengurniak­an Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih membawa gelaran Datuk Seri kepada Razarudin di Istana Syarqiyyah, semalam.
 ?? ?? Sultan Mizan mengurniak­an Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) Yang Amat Terpilih membawa gelaran Datuk Seri kepada Mohammad di Istana Syarqiyyah, semalam.
Sultan Mizan mengurniak­an Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) Yang Amat Terpilih membawa gelaran Datuk Seri kepada Mohammad di Istana Syarqiyyah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia