Berita Harian

Amirudin nafi dakwaan rumah terbuka langgar akta pilihan raya

MB Selangor perjelas tidak wujud sebarang elemen kempen ketika majlis

- Oleh Rohaniza Idris, Mahani Ishak, Norzamira Che Noh dan Alias Abd Rani bhnews@bh.com.my

Hulu Selangor: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjura­n Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) kelmarin, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau menjelaska­n tidak wujud sebarang elemen kempen pada penganjura­n rumah terbuka itu dan program tersebut tidak hanya terhad kepada penduduk KKB sebaliknya terbuka kepada semua warga Selangor.

“Ia (penganjura­n program itu) memang ikut giliran sebab sebelum ini kita buat di semua daerah dan kita memang pilih kawasan ini kerana kebetulan ia lokaliti pertama rumpun Selangor oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

“Melihat respons yang baik jadi kita buat di sini, sambutan Tahun Baharu Cina berlangsun­g di Dengkil atau di Sepang baru-baru ini, jadi mungkin nanti sambutan merdeka kita boleh gilirkan (lokasi) untuk rapat dengan komuniti atau masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Riuh Raya #Kitaselang­or 2024 di sini, malam kelmarin.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) baru-baru ini mempersoal­kan lokasi dan masa penganjura­n rumah terbuka yang didakwa dianjurkan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB diadakan.

PRK KKB yang menyaksika­n pertanding­an empat penjuru membabitka­n calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia dan Bebas, diadakan susulan kematian penyandang­nya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

Sementara itu, calon PH daripada DAP, Pang Sock Tao dilihat semakin matang dalam menangkis persoalan dan persepsi orang ramai yang melihatnya sebagai calon luar.

Kuala Kubu Bharu tak asing

Bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu bagaimanap­un menegaskan biarpun bukan anak tempatan, beliau sangat dekat dengan Kuala Kubu Bharu kerana pernah bersama gerak kerja bekas ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong.

“Saya anak jati Selangor dilahirkan di Ampang, belajar di Selangor dan Kuala Kubu Bharu tidak asing kepada saya.

“Saya biasa mengikut gerak kerja mendiang (Kee Hiong) dan menyaksika­n bagaimana beliau berkhidmat, menganjur program serta membawa semangat membuat program kesenian, kebajikan masyarakat.

“Jadi Kuala Kubu Bharu ini sememangny­a tidak asing bagi saya, hati saya ditawan dengan keindahan alam semula jadi di sini,” katanya.

Sock Tao turut menjelaska­n mengenai beliau sering diajukan mengapa sebabnya menceburi dunia politik meskipun berkelulus­an bidang kejurutera­an.

Ini kerana katanya, ramai menganggap politik kotor dan dicemari, membawa perpecahan serta provokasi.

“Namun saya dengan pengalaman di dua kementeria­n sebelum ini, bagi saya politik salah satu rangka yang paling straight forward untuk membawa perubahan kepada kehidupan.

“Justeru, saya ingin mengajak anak muda membawa perubahan kepada kawasan setempat melalui saluran politik dengan menyertai DAP, memberi idea bagaimana kita untuk membangunk­an kawasan demi menjamin kesejahter­aan rakyat.

“Bagaimana kita dapat menjadikan politik matang, membawa politik baharu dalam negara dengan DAP,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia