Berita Harian

Calon PH, PN rancak kempen jumpa pengundi

-

Kuala Lumpur: Masuk hari kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, semalam tidak banyak isu nasional dimainkan.

Sebaliknya tumpuan banyak diberikan kepada serangan peribadi terhadap calon, selain isu penganjura­n Rumah Terbuka yang dikatakan boleh melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Keadaan itu menyaksika­n kedua-kedua parti mengambil sikap proaktif, menjawab tuduhan seteru dengan beberapa pemimpin menjadikan media sosial sebagai platform mempertaha­nkan diri.

Dalam pada itu, kempen melalui perjumpaan dengan pengundi rancak dilakukan calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dibantu jentera parti masing-masing, manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas masih belum menggerakk­an jentera mereka secara serius.

Calon PH, Pang Sock Toa dari DAP kini bersama jentera kempen berusaha turun padang dengan menyantuni pengundi Melayu, malah penubuhan cawangan DAP Melayu yang dijadualka­n semalam memperliha­tkan usaha itu sedang giat dilaksanak­an.

Calon yang sebelum ini disebut-sebut bakal dinamakan PH, Saripah Bakar dilihat aktif membantu jentera dalam usaha parti ‘memujuk’ pengundi Melayu dengan bantuan UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Di atas kertas, undi bukan Melayu sememangny­a di tangan PH dan kini tumpuan harus diberikan PH bagi menawan hati pengundi Melayu yang direkodkan 50 peratus daripada jumlah pengundi di DUN itu.

Kerja memikat pengundi Melayu ini diakui pemerhati dan penganalis­is politik satu cabaran untuk calon PH dalam PRK kali ini.

Selain turun padang, strategi lain pada pandangan mereka adalah dengan menjawab isu yang dikaitkan dengan kepentinga­n dan kehendak kumpulan pengundi berkenaan.

Satu yang perlu diberikan perhatian, PH perlu melaksanak­an strategi yang matang dan bersaing dengan sihat bukan mencipta sesuatu yang mengaib mahupun menjengkel­kan pihak lawan.

Perkara yang sama juga perlu ditekankan PN yang diakui lebih cepat memikat pengundi Melayu dan generasi muda melalui instrumen media sosial.

Bagi Penganalis­is Politik dan Media Sosial dari Universiti Teknologi MARA (UITM), Prof Madya

Dr Sara Chinnasamy, calon PH mungkin akan meraih lebih 90 peratus pengundi Cina, namun bagi pengundi Melayu akan berlaku perpecahan undi membabitka­n pengundi muda dan dewasa.

Katanya, pengundi tambahan akan menjadi game changer kepada parti politik dan gabungan yang mana mengikut rekod bulan ini saja bilangan pengundi berdaftar dalam kalangan pengundi Melayu agak kritikal.

Pada masa sama, tidak boleh dipandang rendah kemampuan

PN berdasarka­n sentimen pengundi Melayu yang masih menebal terhadap parti itu berdasarka­n prestasi mereka pada Pilihan Raya Negeri, Ogos tahun lalu yang mana mereka memenangi bilangan signifikan kerusi DUN.

Begitu pun dengan prestasi Kerajaan Perpaduan di Selangor dengan pelbagai insentif diberikan kepada rakyat, pengundi akan terus menimbangk­an perkara itu yang mana dalam kempen pilihan raya ia perlu ditonjolka­n bagi memikat pengundi.

Diakui ramai, PRK ini tidak akan memberi kesan besar kepada pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n dan negeri, namun isu nasional tidak perlu diketepika­n yang mana seperti diakui kepemimpin­an PN, mereka akan terus memainkan isu harga barang dan peningkata­n kos sara hidup.

Sementara itu, kehadiran calon Bebas dan PRM walaupun tidak memberi kesan besar, bagi penganalis­is politik kehadiran mereka menunjukka­n kematangan dalam berpolitik yang memeriahka­n lagi proses pilihan raya.

Memandangk­an dua calon bukan nama besar atau personalit­i yang dikenali pengundi tempatan, sudah tentu ia tidak memberi impak kepada calon PH dan PN, walaupun ada yang menduga kehadiran calon Bebas hanya sebagai tanda protes apabila GERAKAN tidak menurunkan calon Cina pada PRK kali ini.

Bagaimanap­un tiada bukti jelas menunjukka­n calon Bebas adalah ahli mahu pun penyokong GERAKAN, begitu juga calon PRM yang dikatakan sebagai mewakili kelompok tidak berpuas hati dengan PH yang enggan meletakkan calon Melayu.

Diakui PRM parti mesra Kerajaan Perpaduan, tapi tiada fakta jelas bagaimana kehadiran calon parti itu sebagai tanda protes atau tujuan mengacau undi.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Sock Tao beramah mesra dengan Khairul Azhari (kanan) ketika walkabout di Pasar Pagi Batang Kali, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Sock Tao beramah mesra dengan Khairul Azhari (kanan) ketika walkabout di Pasar Pagi Batang Kali, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia