Berita Harian

‘Semak fakta kempen elak termakan fitnah lawan’

Pengundi diminta tidak terpengaru­h taktik ulang klip video lama

-

Pengundi Kuala Kubu Baharu diharap tidak terpengaru­h dengan taktik pihak lawan yang menyebarka­n fitnah, demi meraih sokongan dan undian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, berkata pengundi perlu lebih berhati-hati dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, sedemikian selepas timbul isu klip video memaparkan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao mengkritik Barisan Nasional (BN) ketika kempen

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dengar maklumat tepat

Katanya, pengundi pelbagai bangsa seharusnya tidak terpengaru­h dengan fitnah dan penipuan yang disebarkan, terutamany­a dalam tempoh berkempen.

“Adalah sangat penting dan kritikal untuk pengundi mendengar maklumat yang tepat. Sekarang, (maklumat) yang disebarkan semuanya fitnah serta bohong. Video lama juga dipaparkan untuk menjalanka­n kempen yang kotor.

“Saya harap kita jalani kempen yang bersih. Saya juga berharap pengundi bukan saja India, malah pengundi Cina dan

Melayu juga jangan terambil (terpengaru­h) dengan fitnah yang disebarkan.

“Ambil maklumat yang keluar di surat khabar serta media yang diiktiraf dan bukan kita tengok di media sosial sahaja,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Sungai Buloh, di sini, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching, berkata video calon Kuala Kubu Bharu adalah dari November 2022 yang diambil ketika kempen PRU15 di Kulai, Johor.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksika­n pertembung­an empat penjuru antara PH, Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia dan bebas.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Ramanan (tengah) bersama Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Sungai Buloh, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Ramanan (tengah) bersama Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Sungai Buloh, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia