Berita Harian

Kemelut royalti petroleum wajar dirungkaik­an ikut Perlembaga­an

Hak kerajaan negeri untuk menerima royalti petroleum jelas diperuntuk­kan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara PETRONAS dan kerajaan-kerajaan negeri Akta Laut Wilayah 2012 sepatutnya tidak menjadi penghalang kepada hak royalti petroleum

- Oleh Dr Muhammad Fathi Yusof bhrencana@bh.com.my Timbalan Pengarang Kumpulan M THILLINADA­N thilly@bh.com.my

Baru-baru ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu meluluskan usul menolak Akta Laut Wilayah 2012 (ALW). Maka, timbul persoalan, adakan akta berkenaan menjadi penghalang kepada hak Terengganu untuk menerima royalti petroleum?

Hak kerajaan negeri untuk menerima royalti petroleum jelas diperuntuk­kan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan juga perjanjian antara PETRONAS dan kerajaan negeri.

Hak berkenaan berasaskan kepada peruntukan Perlembaga­an khususnya Butiran 2, Jadual Kesembilan meletakkan hasil galian dan perlombong­an sebagai hak kerajaan negeri. Hak berkenaan tidak boleh dipertikai­kan.

Hujah mendakwa kerajaan negeri tidak berhak mendapat royalti timbul kerana hasil minyak di peroleh ‘di luar sempadan negeri’ hanya timbul mutakhir ini. Sandaran dirujuk ialah ALW.

Pertama, perlu dilihat adakah ALW ini benar-benar mengehadka­n sempadan sesebuah negeri. Dari sudut sejarah kewujudan Persekutua­n Tanah Melayu pada 1957 dan perubahan nama kepada Persekutua­n Malaysia pada 1963, tidak ada sebarang ketetapan terhadap had sempadan negeri.

Negeri dalam Persekutua­n Malaysia sebenarnya berasal daripada pemerintah­an kesultanan berdaulat dan mempunyai pemerintah­an tersendiri meliputi sempadan di darat dan lautan. Oleh demikian, keluasan sempadan meliputi kawasan laut seharusnya kekal melainkan jika dihadkan melalui kaedah dinyatakan Perlembaga­an.

Perlembaga­an pula undang-undang tertinggi menentukan sempadan negeri dan Persekutua­n. Perkara 2 Perlembaga­an menyebut Parlimen boleh membuat undang-undang mengubah sempadan negeri, tetapi tertakluk kepada persetujua­n negeri berkenaan, serta kelulusan Majlis Raja-raja.

Seksyen 3(1) ALW menyebut lebar laut wilayah Malaysia hendaklah 12 batu nautika bagi segala maksud. Dalam hal ini perkataan ‘Malaysia’ tidak sepatutnya difahami sebagai bidang kuasa Persekutua­n semata-mata, bahkan juga bidang kuasa negeri. Maksudnya, sempadan 12 batu nautika itu adalah sempadan bagi Malaysia secara keseluruha­n dan juga sempadan setiap negeri.

Dari sudut agihan bidang kuasa negeri dan Persekutua­n pula, ia tidak sepatutnya ditentukan garis sempadan laut kerana kedua-dua peringkat kerajaan masing-masing ada bidang kuasa mengikut agihan kuasa di bawah Jadual 9 Perlembaga­an.

Misalnya, dalam soal keselamata­n dan pertahanan, Kerajaan Persekutua­n bertanggun­gjawab menjaganya meliputi semua kawasan laut wilayah Malaysia.

Dalam soal galian dan perlombong­an, serta guna tanah, hak berkenaan kekal di bawah kerajaan negeri sesuai dengan ketetapan Jadual Kesembilan, melainkan jika wujud undang-undang khusus mengehadka­nnya.

Ada pihak merujuk Seksyen 3(3) ALW sebagai asas sempadan kerajaan negeri mengecil setakat tiga batu nautika dari garis air surut dan selebihnya baki laut wilayah sehingga 12 batu nautika dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di bawah Kerajaan Persekutua­n sepenuhnya.

Jika Seksyen 3(3) ALW ini ditafsirka­n sebagai mengecilka­n sempadan negeri, maka dengan sendirinya ia tidak boleh berkuat kuasa melainkan dengan kelulusan negeri dan Majlis Raja-raja.

Perbezaan undang-undang

Mungkin ada mempersoal­kan kenapa isu keabsahan pengecilan sempadan negeri ini baru timbul sedangkan peruntukan Seksyen 3(3) ALW sudah wujud sebelum ini dalam Ordinan No 7 1969.

Dari sudut ini, kita perlu bezakan undang-undang diwujudkan di bawah kuasa darurat dalam bentuk ordinan dan undang-undang melalui proses biasa di Parlimen dalam bentuk akta.

Ordinan darurat kebiasaann­ya diperkenal­kan bagi menangani isu kritikal sesuai dengan situasi darurat. Perkara 150(6) menetapkan ordinan darurat tidak boleh dicabar sebagai ‘tidak sah atas faktor ketidaksel­arasan dengan mana-mana peruntukan Perlembaga­an’. Atas sebab-sebab ini maka Ordinan No 7 1969 tidak pernah dipersoalk­an keabsahann­ya.

Namun, apabila ALW diluluskan bagi menggantik­an ordinan itu, maka sewajarnya diteliti semua kewajaran meneruskan penguatkua­saan ordinan berkenaan.

Jika dilihat dari sudut realiti semasa, banyak perubahan berlaku sejak ordinan itu diperkenal­kan pada 1969. Maka pihak kerajaan sepatutnya meneliti kesesuaian setiap peruntukan ordinan berkenaan sebelum menukarkan sepenuhnya sebagai satu akta biasa.

Sejak 1969, ada undang-undang baharu berkaitan laut wilayah, antaranya Akta ZEE 1984 dan Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006 . Manakala, Akta Pelantar Benua 1966 melalui beberapa proses semakan semula dan pindaan.

Selain itu, pada 1982, wujud satu Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) dan diratifika­si serta berkuat kuasa kepada Malaysia sejak 14 November 1996.

Perkembang­an berlaku itu menjadikan sebahagian daripada peruntukan terdapat dalam Ordinan No 7 1969 tidak lagi signifikan untuk dikekalkan. Sepatutnya peruntukan boleh diserapkan dalam sedia ada, tanpa perlu mewujudkan akta baharu.

Peruntukan Seksyen 3(3) yang mengehadka­n sempadan negeri wajar dihapuskan kerana tidak lagi relevan. Peruntukan itu diwujudkan ketika darurat pada 1969, mungkin atas faktor keperluan bagi menjamin kelancaran dalam usaha mempertaha­nkan kedaulatan negara daripada ancaman keselamata­n dan ekonomi.

Namun, selepas darurat lama berlalu, maka tidak ada lagi keperluan untuk mengekalka­nnya. Amat malang jika peruntukan asalnya dibuat untuk mempertaha­nkan kedaulatan dalam tempoh darurat, digunakan untuk menafikan hak negeri mendapat royalti petroleum dijamin Perlembaga­an, undang-undang dan perjanjian.

Ringkasnya, Akta Laut Wilayah 2012 sepatutnya tidak menjadi penghalang kepada hak royalti petroleum negeri. Peruntukan akta berkenaan mengecilka­n sempadan negeri boleh dianggap tidak sah kerana bertentang­an dengan Perlembaga­an.

Adalah diharapkan semua pihak meletakkan keluhuran Perlembaga­an, kedaulatan undang-undang dan kesetiaan kepada perjanjian sebagai asas dalam membuat keputusan, bagi menjadi keadilan dan hak demi kepentinga­n rakyat.

Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH

 ?? ??
 ?? Prof Madya Undang-undang, Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia ??
Prof Madya Undang-undang, Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia