Berita Harian

Pemantauan ‘360 darjah’ perkasakan agensi awam

- Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed bhrencana@bh.com.my

Secara prinsip, sektor awam mempunyai amalan penurunan kuasa yang membolehka­n setiap bahagian berfungsi dengan sendiri tanpa banyak karenah birokrasi.

Akauntabil­iti setiap ketua dilantik dan diberi kuasa penyeliaan perlu ditingkatk­an supaya proses pemantauan dilaksanak­an lebih berkesan dan efisien.

Justeru, arahan terbaharu Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) menetapkan ketua jabatan melakukan pemeriksaa­n mengejut di jabatan masing-masing dengan laporan mengenainy­a perlu diserahkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam (KPPA) dua kali setahun mampu melonjakka­n integriti penjawat awam dan kualiti perkhidmat­an kepada rakyat.

Kata kunci kejayaan saranan ini ialah pemantauan berkesan daripada ketua jabatan pada semua peringkat lapisan dalam organisasi masing-masing.

Namun, pemeriksaa­n mengejut bukan bertujuan ‘menangkap’ pegawai bermasalah, tetapi lebih mengenal pasti tindakan penambahba­ikan dan pencegahan wajar diambil bagi mengatasi sebarang kelemahan.

Pada masa sama ia meningkatk­an tahap kesedaran dan tanggungja­wab anggota perpemerik­saan khidmatan awam mengenai etika kerja dan amanah perlu dilaksanak­an dengan jujur, integriti dan ikhlas. Penjawat awam juga akan beringat bahawa sentiasa diperhatik­an penyelia masingmasi­ng.

Maka, lawatan dan pemeriksaa­n mengejut ini patut dibuat pada semua peringkat lapisan organisasi secara lebih kerap tanpa terikat saranan dua kali setahun.

Laporan mungkin boleh dikemukaka­n dua kali setahun seperti diminta, tetapi pemantauan lebih kerap seperti tiga bulan sekali perlu dilakukan supaya kelemahan dapat diatasi dengan tuntas dengan langkah intervensi yang betul.

Suburkan amalan semak dan imbang

Setiap ketua dan penyelia dilantik perlu kerap turun padang serta memantau secara dekat aktiviti operasi kerja harian dilakukan ahli pasukan. Sewajarnya pemeriksaa­n dan pemantauan tidak berjadual menjadi budaya kerja di setiap jabatan kerajaan.

Proses pemantauan juga perlu dilaksanak­an secara menyeluruh atau menggunaka­n prinsip 360 darjah iaitu ketua jabatan memantau anak buah dan juga sebaliknya.

Elemen pemantauan 360 darjah dari atas ke bawah serta bawah ke atas akan menyuburka­n budaya semak dan imbang dalam setiap jabatan kerajaan.

Untuk itu perlu ada mekanisme yang berstruktu­r bagaimana kaedah pemantauan dan laporan disediakan dan disalurkan supaya tidak timbul sebarang bentuk penyalahgu­naan kuasa dan fitnah.

Hasil laporan pemeriksaa­n pula perlu ada nilai signifikan yang boleh memberi peringatan dan kesedaran kepada setiap penjawat awam supaya sentiasa menjaga tatakelola dan melaksanak­an tugas dengan efisien. Mereka perlu sedar kegagalan menunjukka­n prestasi yang baik akan menjejaska­n laluan dan masa depan kerjaya mereka.

Ironinya tidak boleh ada budaya seperti memberi pengiktira­fan hanya kerana tempoh perkhidmat­an lama, tahap kekananan atau ganjaran sebelum berpencen tanpa menitikber­atkan prestasi sebenar.

Justeru, laporan pemantauan perlu mengenal pasti kelemahan kelompok penjawat awam tidak menunjukka­n prestasi dan tahap kompetensi diperlukan bagi melaksanak­an tugas.

Mereka tidak wajar diberi sebarang pengiktira­fan sebaliknya perlu dibuat langkah intervensi untuk memperbetu­lkan dan memperbaik­i sikap, tingkah laku dan etika kerja mereka terlebih dahulu.

Dalam konteks pemantauan berterusan, setiap ketua jabatan wajar mengamalka­n budaya pengurusan mikro, iaitu fokus secara terperinci pada setiap lapisan dan tahap operasi kerja di jabatan supaya tidak terlepas pandang pegawai selama ini hanya menjadi ‘penumpang’ dan tidak menunjukka­n prestasi membanggak­an.

 ?? Timbalan Pendaftar, Universiti Putra Malaysia ??
Timbalan Pendaftar, Universiti Putra Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia