Berita Harian

PRK Kuala Kubu Bharu jadi petunjuk pola sokongan pengundi

- Oleh Dr Zuraimy Ali bhrencana@bh.com.my

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu dianggap tidak memberi impak besar kepada kerajaan walau apa pun keputusann­ya, sama ada pada kerajaan Selangor atau Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutua­n.

Namun, PRK itu menjadi petunjuk penting kepada pola, aliran dan trend sokongan pengundi sama ada memihak kepada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas mungkin dipandang sebelah mata oleh pengundi.

Mungkin calon mereka hanya dilihat menjadi ‘ayam tambatan’ parti, namun pengaruh parti terhadap pengundi amat penting untuk dinilai. Analisis terhadap parti bertanding memerlukan perhatian khusus bagi menilai pola pengundian penduduk setempat.

Namun, calon bertanding juga sangat penting bagi menarik sebanyak mungkin pengundi, terutama apabila peratusan pengundi Melayu dan bukan Melayu hampir sama di DUN berkenaan. Sokongan undi akan menentukan kemenangan parti dan calon bertanding.

Apatah lagi sejak kebelakang­an ini muncul beberapa isu panas, khususnya terkait sensitivit­i kaum dan agama dimainkan pihak tidak bertanggun­gjawab.

Isu berita palsu terus berlegar, terutama terkait kelemahan kerajaan negeri mahupun Pusat, sekali gus mempengaru­hi keyakinan pengundi.

Justeru, calon perlu memastikan mampu menjadi wakil parti yang diyakini untuk dipilih pada hari mengundi nanti.

Sudah pasti, calon perlu mempunyai manifesto, idea, karisma dan pengaruh meyakinkan bagi menarik undi, selain dilihat mampu membawa kesejahter­aan kepada penduduk DUN.

Justeru, keutamaan pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu adalah calon bertanding perlu membawa imej sentiasa mengutamak­an masalah penduduk setempat.

Medan ukur keberkesan­an dasar

Kedudukan DUN Kuala Kubu Bharu di bawah Parlimen Hulu Selangor medan bagi mengukur sejauh mana keberkesan­an dasar dan program kerajaan negeri dilaksanak­an mampu memberi kesan positif terhadap sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

Elemen pemerkasaa­n hubungan kaum yang kukuh juga perlu dilihat sebagai faktor penting bagi memastikan sokongan rakyat pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu dapat dicapai.

Beberapa insiden terkait ketidakpua­san segelintir rakyat perlu diselesaik­an segera dengan pelbagai jalan rundingan supaya isu itu tidak mempengaru­hi pengundi lain.

Pendekatan mesra penduduk adalah resipi kejayaan calon dan perlu dibuktikan dengan komitmen tuntas dengan kaedah dan penyelesai­an pantas.

Ini selaras prinsip kerajaan MADANI yang inginkan setiap pimpinan sentiasa pantas menyelesai­kan isu rakyat tanpa birokrasi panjang. Masalah kemiskinan tegar dan keciciran, terutama dalam mendapatka­n insentif kerajaan negeri perlu dilaksana bagi memastikan kehidupan penduduk terbela.

Bagi memastikan kemenangan calon, jentera parti perlu memastikan setiap gerak kerja tersusun dan maklumat tepat terhadap pencapaian dan kejayaan negeri dapat disampaika­n segera.

Kesempatan bertemu dan mendengar permasalah­an penduduk memerlukan calon dan parti pantas menangani isu berbangkit.

Justeru, penyampaia­n maklumat mesti sesuai dengan kumpulan sasar dan kempen menanam keyakinan pengundi pada saat ini sangat diperlukan bagi memastikan kemenangan majoriti bergaya.

Bermakna, PRK DUN Kuala Kubu Bharu tetap tidak boleh dipandang mudah parti dan calon memandangk­an masing-masing mempunyai kekuatan apatah lagi perlu menangkis isu bakal berbangkit dari pihak pembangkan­g.

Apa yang pasti, kemenangan calon dan parti, sama ada daripada kerajaan atau pembangkan­g pada PRK itu menjadi penanda aras terhadap pencapaian kerajaan negeri Selangor serta menggambar­kan sokongan rakyat terhadap usaha dan dasar kerajaan negeri diinginkan pengundi Kuala Kubu Bharu.

 ?? ??
 ?? ?? Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontempora­ri (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Perlis
Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontempora­ri (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Perlis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia