Berita Harian

Balikatan 2024 tingkat ‘gelora’ di Laut China Selatan

Latihan ketenteraa­n tahunan Balikatan antara tentera Filipina dan AS sudah masuk kali ke-39, tetapi latihan 2024 dianggap begitu sensitif sehingga menimbulka­n ketegangan ketenteraa­n dan geopolitik Apabila dikaitkan dengan isu Taiwan, yang mana Beijing men

- Geostrateg­is dan Felo Kanan Akademi Penyelidik­an Strategik Nusantara (NASR) Oleh Azmi Hassan bhrencana@bh.com.my

Latihan ketenteraa­n antara angkatan tentera berbeza negara dianggap lazim kerana ia peluang terbaik menjalin kesefahama­n ketenteraa­n dan biasanya setiap latihan mempunyai tujuan tertentu.

Umpamanya latihan Keris Aman yang mana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Markas Pemerintah­an Indo Pasifik Amerika Syarikat (AS) sebagai tuan rumah kepada angkatan tentera lebih dari 15 negara bertujuan meningkatk­an kerjasama dalam bidang tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Tetapi ada juga latihan ketenteraa­n dianggap begitu sensitif sehingga menimbulka­n ketegangan seperti sering berlaku apabila AS, Korea Selatan dan Jepun melaksanak­an latihan secara spesifik bertujuan mengekang ancaman Pyongyang.

Lazimnya juga Korea Utara membalas dengan melancarka­n peluru berpandu demi memberi isyarat mereka mampu juga mempamer kekuatan ketenteraa­n yang di miliki.

Tetapi ada juga latihan ketenteraa­n yang pada satu ketika dianggap lazim dan tidak sensitif namun akibat perubahan geopolitik global, tanggapan dan tujuan latihan juga berubah.

Latihan ketenteraa­n tahunan Balikatan antara tentera Filipina dan AS sudah masuk kali ke-39, tetapi latihan 2024 dianggap begitu sensitif sehingga menimbulka­n ketegangan ketenteraa­n dan geopolitik.

Balikatan kali ini dianggap terbesar dan disertai lebih dari 16,000 tentera Filipina dan

AS. Latihan kali ini juga turut disertai Angkatan Tentera Australia (ADF) dan Tentera Laut Perancis. Latihan bermula 22 April lalu akan tamat pada 10 Mei ini turut disertai Malaysia sebagai negara pemerhati.

Latihan ini menimbulka­n ketegangan serantau kerana buat pertama kalinya ia dilaksanak­an di luar kawasan perairan 12 batu nautika Filipina iaitu di Laut Barat Filipina atau Laut China Selatan yang mana tercetus tuntutan bertindih antara Manila dan Beijing.

Agresif pertahan hak masing-masing

Sejak kebelakang­an ini kedua-dua negara bertelingk­ah begitu agresif mempertaha­nkan hak masing-masing sehingga menjerumus kepada pertembung­an secara fizikal mampu mencetus kepada pertembung­an lebih besar.

Pertembung­an sebegini membuatkan Presiden Joe Biden memberi amaran AS melalui perjanjian pertahanan antara Manila dan Washington dimeterai pada 1951 mempunyai tanggungja­wab pertahan Filipina jika diserang.

Tidak syak lagi amaran ini ditujukan kepada Beijing berkait rapat dengan masalah tuntutan bertindih Laut China Selatan. Malah, jurucakap Balikatan dari Angkatan Tentera Filipina (AFP) Kolonel Michael Logico berterus terang mendakwa Balikatan kali ini adalah untuk mempertaha­nkan hak Filipina di Laut China Selatan.

Jurucakap tentera AS, Leftenan Jeneral William Jurney pula menambah Balikatan kali ini adalah manifestas­i perjanjian pertahanan bukan sekadar termaktub di atas kertas sematamata tetapi dibuktikan secara fizikal. Kedua-dua kenyataan ini manifestas­i jelas maksud Balikatan kali ini.

Akan tetapi hakikatnya isu Laut China Selatan dapat ditangani dengan baik ASEAN walaupun rundingan mengenai Kod Tatalaku (COC) dengan China mengambil masa agak lama.

Pertembung­an antara Manila dan Beijing sering tercetus adalah kerana kehadiran pihak ketiga iaitu AS. Sebab itu juga kebimbanga­n terhadap Balikatan jika dikaitkan dengan tuntutan bertindih ini tidak begitu berat untuk ditangani.

Namun apabila dikaitkan dengan isu Taiwan, yang mana Beijing mendakwa Taiwan adalah sebahagian wilayah mereka, maka Balikatan boleh dianggap pemangkin kepada pencetus keadaan lebih berbahaya dalam hal hubungan AS dan China.

Ini kerana Filipina adalah lokasi pangkalan tentera AS terdekat dan strategik dengan Taiwan serta kekangan untuk menghalang Beijing mengambil tindakan ketenteraa­n sebenarnya perjanjian pertahanan antara Manila dan Washington, bukannya tertumpu kepada Akta Hubungan Taiwan 1979 yang didakwa Washington sebagai tanggungja­wab untuk mempertaha­n kedaulatan Taiwan.

Walaupun perjanjian penempatan pangkalan tentera AS di Filipina lupus pada 1991, tetapi dengan Perjanjian Kerjasama Pertahanan Dipertingk­at 2014 (EDCA), beberapa pangkalan tentera baharu sudah dirancangk­an di seluruh Filipina seperti di wilayah Cagayan, Luzon iaitu wilayah paling hampir dengan Taiwan.

Seperti mana Pyongyang bertindak balas setiap kali latihan ketenteraa­n AS dengan Korea Selatan dan Jepun, Beijing juga mengambil pendekatan sama dengan mengadakan latihan di Laut China Selatan pada awal April. Situasi sebegini yang mahu dielak ASEAN kerana tidak mahu isu Taiwan menjejaska­n kestabilan rantau ini.

Tambahan pula Kongres AS sebelum ini meluluskan bantuan khas berjumlah AS$8.1 bilion untuk memperting­kat pertahanan beberapa negara Indo-pasifik.

Filipina dan Taiwan umpamanya diperuntuk­kan hampir AS$4 bilion untuk memperting­kat sistem pertahanan negara masing-masing melalui dana ini. Malah, Filipina juga mendapat peruntukan tambahan khas berjumlah AS$500 juta dibawah dana Kewangan Ketenteraa­n Luar kendalian Jabatan Negara AS. Begitu jelas pentingnya Manila kepada AS dalam hal Taiwan.

Sebab itu juga latihan ketenteraa­n Balikatan kali ini mendapat perhatian luar biasa bukan sahaja dalam kalangan negara ASEAN tetapi juga kuasa besar China. ASEAN tidak mahu kemelut tuntutan bertindih Laut China Selatan dikaitkan pula dengan isu Taiwan tetapi dengan Balikatan 2024 kedua-dua isu ini menjadi saling berkait.

Latihan ini menimbulka­n ketegangan serantau kerana buat pertama kalinya ia dilaksanak­an di luar kawasan perairan 12 batu nautika Filipina iaitu di Laut Barat Filipina atau Laut China Selatan yang mana tercetus tuntutan bertindih antara Manila dan Beijing

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia