Berita Harian

Penguatkua­saan mulai 1 Jun

Majikan wajib lantik penyelaras keselamata­n kesihatan wujud persekitar­an kerja lebih selamat

- Records. Malaysian Book of BERNAMA

Cyberjaya: Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini, sekali gus meningkatk­an lagi tahap keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata beliau telah menandatan­gani warta untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n dan penguatkua­saan akta berkenaan yang tertangguh hampir dua tahun.

“Maka dalam masa 100 hari (kemudi kementeria­n) saya telah tandatanga­n warta untuk kuat kuasa pindaan baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Sedunia bagi Keselamata­n dan Kesihatan di tempat kerja di sini, semalam.

Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 diluluskan oleh Parlimen pada 16 Mac 2022.

Sim berkata, penguatkua­saan Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 mewajibkan majikan menganalis­is risiko di tempat kerja dan melantik

penyelaras keselamata­n kesihatan.

“Syarikat yang ada lima pekerja ke atas wajib lantik seorang penyelaras.

‘Penguatkua­saan akta ini amat dinantikan oleh sektor pengamal keselamata­n dan kesihatan pekerjaan.

“Penyelaras adalah satu perkara baharu dan dengan adanya orang terlatih ini, maka kita harap persekitar­an tempat kerja lebih selamat,” katanya.

Ikrar integriti terbesar

Sementara itu, Sim berkata, sebanyak 13,000 pekerja akan mengikuti program latihan Pertolonga­n Cemas Kesihatan Mental Pekerjaan di seluruh negara tahun ini.

Katanya, program berkenaan mendapat sambutan menggalakk­an dengan 4,000 pekerja dilatih sejak ia dilancarka­n pada Februari lalu.

“Kita harap usaha ini memperkasa lagi amalan keselamata­n

dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Masalah kesihatan mental juga antara fokus kita di kementeria­n,” katanya.

Pada majlis semalam, sebanyak 2,500 peserta terdiri daripada pengamal keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) menyertai lafaz ikrar integriti, sekali gus mencipta rekod sebagai “Ikrar Integriti Terbesar oleh Pengamal OSH di Malaysia” dalam

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Steven Sim (tengah) menyaksika­n penyerahan sijil Malaysia Book of Record yang diwakili Siti Hajar Johor kepada Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, Mohd Hatta Zakaria pada Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamata­n dan Kesihatan di Tempat Kerja di Cyberjaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Steven Sim (tengah) menyaksika­n penyerahan sijil Malaysia Book of Record yang diwakili Siti Hajar Johor kepada Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, Mohd Hatta Zakaria pada Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamata­n dan Kesihatan di Tempat Kerja di Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia