Berita Harian

Tunda tarikh belayar tak jejaskan misi bantu warga Gaza

-

Penundaan tarikh yang masih menjadi teka-teki bagi misi pelayaran bantuan kemanusiaa­n ‘Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza 2024’ tidak sedikitpun melunturka­n semangat delegasi dari Malaysia untuk terus menghulurk­an bantuan kepada penduduk di Gaza.

Ketua Delegasi Malaysia ke Gaza, Datuk Seri Dr Kamal Nasaruddin Mustapha, berkata penundaan itu bukanlah satu pengakhira­n tetapi sebagai satu permulaan semula kepada peserta untuk kembali dengan lebih bersemanga­t.

“Delegasi Malaysia rasa sedih menerima maklumat (penundaan) ini kerana kami bersemanga­t untuk belayar tanda beri sokongan kepada perjuangan Palestin.

“Walaupun bersemanga­t tapi kita faham keadaan yang dialami dan tekanan dari Israel serta negara lain yang memang tidak ingin pelayaran ini berlaku dari awal pun,” katanya ketika ditemui di Istanbul, Turkiye.

Beliau yang juga Pengerusi Humanitari­an Care Malaysia Berhad (MYCARE) berkata, setiap peserta sudah dimaklumka­n mengenai risiko yang mungkin dihadapi, namun tidak menjangkak­an isu penggunaan bendera Republik Guinea Bissau akan dijadikan alasan oleh rejim Zionis bagi menggagalk­an misi itu.

Kamal berkata, aspek keselamata­n setiap peserta menjadi titik tumpuan utama dalam membuat sebarang keputusan oleh Ahli Jawatankua­sa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC) sebelum berlayar.

“Pihak penganjur sudah lakukan yang terbaik dan memastikan pelayaran dapat dilakukan tetapi penganjur tidak sesekali bersedia untuk menjejaska­n keselamata­n peserta,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Ahli Jawatankua­sa Pemandu FFC, Ann Wright mengumumka­n berita penangguha­n pelayaran bantuan kemanusiaa­n ke satu tarikh yang tidak diketahui dan menasihatk­an semua peserta untuk pulang ke negara masing-masing.

Penarikan semula kebenaran menggunaka­n bendera negara atau pendaftara­n kapal di bawah Republik Guinea Bissau di dua kapal iaitu kapal utama Akdeniz (‘Mediterran­ean’) dan sebuah kapal kargo merencatka­n pelayaran terbabit.

Menurut undang-undang, setiap kapal yang memasuki perairan antarabang­sa perlu mengibarka­n bendera negara sesuatu kapal didaftarka­n sepanjang pelayaran. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia