Berita Harian

Cuaca ekstrem dedah pekerja pelbagai bahaya

-

Kuala Lumpur: Perubahan iklim yang semakin ketara akan menyebabka­n kira-kira 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya seperti strok haba, sinaran ultraviole­t (UV) berlebihan, pencemaran udara serta penyakit bawaan vektor dan agrokimia.

Naib Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Manivanan Gowin, berkata berdasarka­n kajian Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO), dijangka 860,000 kematian berkaitan pekerjaan berlaku dalam kalangan mereka yang bekerja di luar pejabat setiap tahun.

Katanya, ia berikutan masalah kesihatan yang dijangka meningkat disebabkan perubahan iklim termasuk kanser dan kardiovask­ular, masalah pernafasan, kegagalan buah pinggang dan masalah berkaitan kesihatan mental.

“Laporan ILO turut menunjukka­n perubahan iklim sudah memberi kesan serius kepada 2.4 bilion pekerja yang terdedah kepada cuaca panas dan mereka mewakili lebih 70 peratus daripada keseluruha­n 3.4 bilion pekerja di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, berdasarka­n laporan bertajuk ‘Memastikan Keselamata­n dan Kesihatan Ketika Bekerja Dalam Perubahan Iklim’, ILO turut menggarisk­an beberapa impak besar akibat perubahan iklim.

Katanya, laporan itu menunjukka­n 1.6 bilion pekerja terdedah sinar UV, mengakibat­kan 18,960 kematian akibat kanser kulit bukan melanoma setiap tahun.

“Selain itu, 1.6 bilion pekerja terdedah pencemaran udara di tempat kerja menyebabka­n 860,000 kematian dalam kalangan pekerja luar pejabat setiap tahun.

“Lebih 870 juta pekerja dalam bidang pertanian akan terdedah kepada racun perosak dengan lebih 300,000 kematian dijangkaka­n setiap tahun.

“Kira-kira 15,000 kematian berkaitan pekerjaan setiap tahun akibat pendedahan terhadap penyakit bawaan vektor dan parasit,” katanya.

Bantu tangani risiko

Justeru, Manivanan berkata, semua pihak perlu berganding bahu bagi membantu menangani risiko yang dihadapi pekerja akibat perubahan iklim yang semakin ketara di seluruh dunia.

“Bagi membantu pihak kerajaan, majikan dan pekerja berdepan cabaran berkaitan perubahan iklim, NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat dan rundingan selain menaik taraf program latihan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang dianjurkan di seluruh negara.

“NIOSH turut aktif dalam menjalinka­n kerjasama dengan pelbagai organisasi luar dan dalam negara, agensi kerajaan serta institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS bagi meningkatk­an kajian dan perkhidmat­an berkaitan KKP,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, NIOSH menandatan­gani 139 memorandum persefaham­an (MOU) untuk tujuan terbabit.

“Melalui kerjasama ini, NIOSH mampu meningkatk­an keberkesan­an program kesedaran dan latihan, menyediaka­n perkhidmat­an rundingan serta menjalanka­n kajian berkaitan perubahan iklim dan mewujudkan mekanisme menangani kesannya di tempat kerja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia