Berita Harian

Pengenalan Akaun Fleksibel bukan langkah ke belakang

Inisiatif KWSP atasi keperluan kewangan ahli tanpa jejas dana persaraan

- Oleh Kamarulzai­di Kamis kamarulzai­di@bh.com.my

Pengenalan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel kepada pencarum bukan langkah ke belakang dalam pengurusan dana persaraan akibat tekanan pihak tertentu.

Sebaliknya, prinsip asas Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dalam menyusun semula akaun berkenaan adalah pendekatan seimbang dalam menyediaka­n keperluan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang pencarumny­a, demikian mengikut Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn.

Malah Akaun Fleksibel adalah pilihan dalam memenuhi keperluan sebagai simpanan kecemasan pencarum yang boleh dikeluarka­n untuk mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara dan jika ahli tidak memerlukan­nya, baki dalam itu boleh dipindahka­n ke dalam Akaun 2 atau Akaun Sejahtera.

“Ini sejajar amalan terbaik umum dari segi jangka panjang, kaedah ini menjaga keperluan tabungan persaraan mencukupi.

“Dari segi jangka sederhana, ia adalah pelaburan yang memberi pulangan dalam meningkatk­an tabungan sebelum ahlinya bersara.

“Sementara itu, dari segi jangka pendek, ia juga boleh membantu ahlinya menangani keperluan kewangan, contohnya akibat daripada kecemasan atau bencana yang akan menjejaska­n kehidupan harian,” kata Ahmad Zulqarnain apabila ditanya mengenai perkara pada taklimat pengarang media di ibu pejabatnya di Kwasa Damansara, barubaru ini.

Pada Khamis lalu, KWSP mengumumka­n struktur baharu akaun ahlinya yang menyaksika­n perubahan pembahagia­n peratusan caruman serta pengenalan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel iaitu 75 peratus ke dalam Akaun 1 atau Akaun Persaraan (naik daripada 70 peratus sebelum ini), 15 peratus ke dalam Akaun 2 atau Akaun Sejahtera (lebih rendah daripada 30 peratus sebelum ini) dan 10 peratus ke dalam Akaun 3 atau Akaun Fleksibel (alokasi baharu yang lebih fleksibel).

Nisbah carumannya selepas ini menjadi 75:15:30 berbanding sebelumnya iaitu 70:30.

Nisbah akaun 1 dinaikkan

Jika dilihat dari sudut itu, jelas Ahmad Zulqarnain, Akaun 1 atau Akaun Persaraan tidak disentuh, malah nisbah sumbangan carumannya dinaikkan daripada 70 kepada 75.

“Ia akan meningkatk­an tahap simpanan asas (sebagai timbal balas kepada pengenalan Akaun Fleksibel). Dari segi ini, ia sebenarnya bertambah baik susulan peningkata­n kadar sumbangan daripada 70 kepada 75 peratus.

“Sementara itu, apa yang kami akan cuba lakukan secara serentak dengan pengenalan

Akaun Fleksibel ini adalah meningkatk­an lagi literasi kewangan dalam kalangan ahli untuk mewujudkan kesedaran dan pemahaman bahawa pengeluara­n daripada akaun berkenaan hanya wajar dibuat jika benarbenar diperlukan,” kata beliau.

Katanya, berdasar tinjauan gelagat pencarum, pihak menjangka tidak semua ahli akan mengeluark­an tabungan Akaun Fleksibel masing-masing.

“Secara keseluruha­n diunjurkan RM54 bilion akan dipindahka­n ke akaun fleksibel. Tidak semua ahli akan memilih mengeluark­annya.

“Daripada RM54 bilion itu, kami percaya hanya RM25 bilion (pada tahun pertama) dikeluarka­n berdasarka­n corak pengeluara­n masa lalu,” katanya.

Menyingkap semula, katanya, penstruktu­ran semula akaun KWSP adalah hasil maklum

Berdasar tinjauan gelagat pencarum, pihak menjangka tidak semua ahli akan mengeluark­an tabungan Akaun Fleksibel masing-masing

Ahmad Zulqarnain Onn, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP

balas ahli melalui rundingan awam pada 2020 hingga 2021 serta libat urus bersama pihak berkepenti­ngan.

“Beberapa maklum balas menarik telah diperoleh iaitu 83 peratus mahukan autonomi melalui akaun tambahan yang bersifat fleksibel.

“Selain itu, majoriti besar iaitu 63 peratus bersetuju kenaikan agihan caruman dalam Akaun 1 jika fleksibili­ti diberikan.

“Kami juga mengadakan libat urus dengan pelbagai kumpulan, iaitu kementeria­n dan agensi kerajaan, Ahli Parlimen, kesatuan pekerja, key opinion leaders dan kumpulan media.

“Tiga maklum balas diterima iaitu pertamanya, ahli perlu diberi pilihan untuk mempunyai amaun permulaan dalam akaun fleksibel; keduan amaun yang bermakna perlu diberikan kepada ahli terutama mereka yang memiliki simpanan rendah dan ketiga adalah naratif serta komunikasi yang mudah difahabeli­au. mi,” kata

Pengenalan Akaun Fleksibel juga tidak hanya dibuat bertinjaua­n, dasarkan tetapi mengpelbag­ai kaji skim ditawarkan oleh dana persaraan di seluruh dunia.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia