Berita Harian

‘Inflasi terurus, tiada tekanan naikkan OPR’

-

inflasi semasa di Malaysia kelihatan terurus dengan baik dan tiada tekanan segera untuk kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata penganalis­is.

Penganalis­is TA Securities, Farid Burhanuddi­n, berkata pihaknya percaya Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungk­inan mengekalka­n OPR pada paras semasa 3.00 peratus.

Beliau berkata, pihaknya menjangkak­an kadar inflasi untuk April 2024 kekal terurus, berkemungk­inan sama dengan catatan pada Februari atau Mac.

Beliau berkata, kestabilan itu boleh dikaitkan dengan pertumbuha­n kos pengangkut­an yang tidak berubah.

“Harga RON97 kekal tidak berubah sejak Oktober 2023 pada RM3.47 seliter pada Mac 2024, mencermink­an peningkata­n 1.6 peratus secara tahunan.

“Ia mencermink­an kadar dicatatkan dalam bulan sebelumnya. Trend yang konsisten ini menunjukka­n pertumbuha­n tidak berubah dalam Indeks Pengangkut­an,”

katanya dalam nota penyelidik­annya.

Farid berkata, pihaknya menjangkak­an peningkata­n beransur-ansur dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) menuju ke depan dengan beberapa faktor menyumbang kepada unjuran itu.

Beliau berkata, faktor berkenaan ialah jangkaan kenaikan

harga pam runcit dengan kemungkina­n pada separuh kedua tahun ini, potensi kecenderun­gan menaik dalam harga minyak mentah dan peningkata­n tekanan permintaan bersama-sama dengan prospek pertumbuha­n yang lebih baik.

Katanya, unjuran pihaknya sejajar dengan jangkaan kerajaan antara 2.1 peratus hingga 3.6 peratus, sementara BNM menjangkak­an IHP dalam julat 2.0 peratus hingga 3.5 peratus.

“Kami menjangkak­an IHP akan purata pada 2.9 peratus (kes asas) sepanjang 2024 berbanding 2.5 peratus pada 2023,” katanya.

Kadar inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatka­n 132.2 berbanding 129.9 pada bulan sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kenaikan inflasi pada Mac 2024 didorong oleh perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (3.0 peratus), restoran dan perkhidmat­an penginapan (3.0 peratus), penjagaan diri, perlindung­an sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmat­an (2.6 peratus) serta pengangkut­an (1.3 peratus).

Namun, peningkata­n ini diimbangi dengan kumpulan utama yang merekodkan peningkata­n lebih perlahan, iaitu kesihatan (2.1 peratus), makanan dan minuman (1.7 peratus) dan rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.5 peratus).

 ?? (Foto hiasan) ?? Kadar inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatka­n 132.2.
(Foto hiasan) Kadar inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatka­n 132.2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia