Berita Harian

Konflik Israel-iran tak jejas sektor pengangkut­an negara

Penganalis­is jangka perolehan industri berkembang 68 peratus

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Israel-iran tidak memberi kesan besar kepada pendapatan korporat sektor pengangkut­an khususnya perkapalan dan penerbanga­n buat masa ini melainkan ketegangan itu bertukar menjadi perang secara besar-besaran, kata TA Securities.

Penganalis­is TA Securities, Tan Kam Meng, berkata meskipun begitu ketegangan geopolitik itu menjejaska­n keyakinan pelabur, mendorong mereka berhati-hati dan mengambil pendekatan selamat dengan mengelakka­n pelaburan di negara atau dalam sektor yang berisiko menerima kesannya.

Beliau berkata, bagi Malaysia yang terletak 5,900 kilometer daripada zon perang, pihaknya menjangkak­an kesannya adalah secara tidak langsung dan juga tidak ketara.

“Khususnya dalam sektor pengangkut­an, pihaknya tidak melihat sebarang ancaman serta-merta terhadap pendapatan melainkan ketegangan bertukar menjadi perang besar antara Israel dan Iran dan sekutu mereka,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Mengulas lanjut, Kam Meng berkata, dengan pendedahan negara yang terhad dalam negara yang berkonflik itu, pihaknya percaya pendapatan sektor pengangkut­an akan berkembang sebanyak 68 peratus.

Beliau berkata, ia disokong aktiviti perdaganga­n yang teguh dan permintaan yang menggalakk­an untuk perjalanan udara, didorong oleh keadaan ekonomi Amerika

Syarikat (AS) dan China.

Peranan pengendali 3PL

Jelasnya, menurut laporan Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF), ekonomi AS dan China dijangka berkembang masing-masing sebanyak 2.7 peratus dan 4.6 peratus pada 2024.

“Sekiranya berlaku perang habis-habisan, gangguan perdaganga­n global tidak dapat dielakkan dan akan menyebabka­n kesan mendalam terhadap rantaian bekalan global.

“Oleh itu, kami terus berpendapa­t logistik pihak ketiga (3PL) di

Malaysia akan memainkan peranan penting dalam mengukuhka­n keseluruha­n pengurusan rantaian bekalan,” katanya.

Kam Meng berkata, pengendali 3PL membolehka­n pelbagai proses pergudanga­n, perolehan dan pengedaran bahan mentah, penyatuan antara pengangkut­an dan kastam dan mempercepa­tkan penghantar­an barang.

Beliau berkata, yang penting, kos tambahan mempunyai perkhidmat­an 3PL adalah tidak penting jika dibandingk­an dengan kos gangguan operasi yang tidak tertanggun­g.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia