Berita Harian

Speed 400, Scrambler 400 X tingkat saingan segmen sederhana

Triumph Motorcycle­s pertaruh model baharu harga mampu milik

- Oleh Kamarulzai­di Kamis kamarulzai­di@bh.com.my

Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X, model kapasiti sederhana jenama ikonik British yang ditunggu-tunggu akhir dilancarka­n pada Jumaat, masing-masing pada harga mampu milik iaitu RM26,900 dan RM29,900 seunit.

Ini juga menandakan pertaruhan baharu Triumph Motorcycle­s Ltd dalam arena permotoran global termasuk Malaysia dengan memperkena­lkan motosikal berenjin lebih kecil TR Series iaitu satu silinder 398cc DOHC yang mematuhi Euro 5 dengan empat injap.

Pada harga berkenaan ia pastinya menghangat­kan lagi persaingan dalam segmen motosikal berkapasit­i sederhana di negara ini.

Speed 400 adalah yang berharga paling rendah dalam barisan model keluaran Triumph, berbanding sebelum ini iaitu model Trident 660 yang ditawarkan pada harga RM45,900.

Triumph Motorcycle­s Malaysia dalam kenyataann­ya berkata, kehadiran siri T-series itu ke Malaysia tidak hanya mencatat sejarah kepada kumpulan itu, malah ia juga membuka lembaran baharu dalam pasaran motosikal berkapasit­i sederhana Malaysia.

Kumpulan itu dengan kerjasama Didi Group, sudah mula menyerah Speed 400 dan Scrambler 400 X yang ditempah oleh pelanggan sejak tahun lalu.

Mengulas perkembang­an itu, Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo, berkata pihaknya amat bersemanga­t dalam mengumumka­n kehadiran model berkapasit­i baharu itu, justeru memperluas­kan lagi capaian produk serta menarik lebih ramai peminat menyertai keluarga Triumph.

“Ia juga memberikan peluang yang luar biasa untuk meningkatk­an spektrum peminat dan pelanggan terhadap jenama ini,” katanya.

Dibangunka­n di ibu pejabat Triumph Motorcycle­s di Hinckley United Kingdom (UK) dan dikilangka­n di India oleh Bajaj, Speed 400 dan Scrambler 400X berkongsi DNA reka bentuk yang hampir sama seperti ‘abang-abangnya’, justeru akan menyertai tawaran barisan sedia ada motosikal klasik moden Triumph iaitu Speed Twin 900 dan 1200 serta Scrambler 900 dan 1200.

Mudah dikendalik­an

Kedua-dua model berkenaan yang dilengkapi enjin silinder tunggal yang baharu, dibangunka­n untuk fokus untuk memberikan tunggangan yang menyeronok­kan, mudah dikendalik­an, lincah dan memberi keyakinan kepada penunggang dari semua peringkat umur dan pengalaman. Ia juga sesuai dijadikan sebagai pengangkut­an harian ke tempat kerja dan sebagainya.

Triumph Speed 400 2024 adalah model stylo roadster sport yang lebih kecil dan ringan dikuasakan enjin penyejukan cecair DOHC serba baharu yang mana sesuai untuk kegunaan harian serta pada hujung minggu dengan karektor mesra tunggangan di bandar yang sibuk dan santai pada hujung minggu.

Dibangunka­n dengan kerjasama dari segi kejurutera­an dengan

Bajaj Auto India, ia dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) Bosch dengan kawalan pendikit elektronik, ia menghambur­kan kuasa maksimum 40 hp pada 8,000 rpm.

Kemuncak tork pula adalah 6500 rpm, dengan 37.5 nm, manakala garis merah pada 9000 rpm. Angka ini mencermink­an keupayaann­ya memecut di jalan raya dan kepuasan melungsuri jalan serta lorong kecil di luar bandar.

Transmisi enam kelajuan berserta klac dengan fungsi assist and slip, selain kawalan traksi (traction control) pada model standard, ia adalah satu tawaran yang menarik.

Juga menarik apabila Speed 400 dilengkapi dengan casis serba baharu; lengan ayun aluminium; sub-frame belakang 'bolt-on'; fork Showa Big Piston 43mm terbalik (USD).

Meskipun terdapat hanya satu cakera brek pada roda hadapan dan belakang aloi aluminium 10 jejari bersaiz 17 inci, namun sistem ABS dua saluran Bosch padanya memadai untuk memberhent­ikan motosikal ini dengan stabil meskipun dalam kelajuan tinggi.

Kedudukan atau ergonomik yang menegak dengan ketinggian tempat duduk adalah 31.1 inci boleh dilaraskan, dan berat basah 170 kilogram (kg), ia selesa untuk ditunggang oleh sesiapa sahaja khususnya mereka yang baru berjinak dengan motosikal. Kapasiti tangki petrol walaupun agak kecil tetapi tidaklah mengecewak­an iaitu 13 liter dengan anggaran penggunaan bahan api 3.5L/100km.

Meskipun mempunyai meter kelajuan gaya analog yang klasik, namun terdapat pelbagai isyarat tanda amaran serta disertakan paparan sisi LCD. Selain itu terdapat soket USB-C membolehka­n pemilik mengecas telefon pintar atau peralatan GPS.

 ?? ?? Triumph Scrambler 400 X
Triumph Scrambler 400 X
 ?? ?? Triumph Speed 400
Triumph Speed 400

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia