Berita Harian

Dagangan dijangka dalam jajaran kecil

Indeks FBM KLCI tunjuk kecenderun­gan meningkat

-

Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderun­gan meningkat, bergerak dalam julat 1,555 hingga 1,590 minggu ini, kata penganalis­is.

Naib Presiden Penyelidik­an Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata beliau menjangkak­an paras sokongan segera pada 1,555, diikuti dengan 1,545.

“Kami positif mengenai kembalinya dana asing ke rantau ini dan menjangkak­an pembelian akan diteruskan sehingga minggu depan (minggu ini).

“Bagaimanap­un, kami tidak menolak kemungkina­n aktiviti pengambila­n untung.

“Indeks petunjuk pasaran melepasi paras rintangan kukuh pada 1,570 dan meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun pada Rabu.

“Meskipun terdapat penyusutan selepas kenaikan, kami menyifatka­n pembetulan ini sebagai konsolidas­i positif yang diperlukan untuk mengekalka­n aliran meningkat,” katanya.

Walaupun beliau menjangkak­an kenaikan reda seketika berikutan peningkata­n kukuh, katanya FBM KLCI telah mengekalka­n kedudukan positif melepasi semua Purata Pergerakan Eksponen (EMA).

“Trajektori meningkat EMA selama 20 hari menunjukka­n indeks ini berada dalam mod konsolidas­i dengan kecenderun­gan positif,” katanya.

Pada Rabu, Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun dengan indeks utama meningkat 0.63 peratus kepada 1,571.48, dipacu prospek positif di bursa tempatan dan ketika prestasi memberangs­angkan oleh syarikat serantau.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 27.59 mata kepada 1,575.16 berbanding 1,547.57 minggu sebelumnya.

Indeks FBM Emas melonjak

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 230.72 mata kepada 11,826.79, Indeks FBM 70 naik 358.39 mata kepada 16,416.78, Indeks FBMT 100 meningkat 213.50 mata kepada 11,461.45, Indeks FBM Emas Syariah menokok 222.08 mata kepada 11,991.95, dan Indeks FBM ACE menambah 203.03 mata kepada 5,062.01.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n meningkat 27.30 mata kepada 7,402.95, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian naik 2.84 mata kepada 187.33,

Indeks Perkhidmat­an Kewangan menambah 185.03 mata kepada 17,303.81 dan Indeks Tenaga menokok 8.23 mata kepada 977.42.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 19.55 bilion unit bernilai RM14.43 bilion berbanding 21.21 bilion unit bernilai RM15.66 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 11.43 bilion saham bernilai RM12.71 bilion daripada 12.51 bilion saham bernilai RM13.95 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan waran berkuranga­n kepada 5.16 bilion unit bernilai RM702.34 juta berbanding 5.38 bilion unit bernilai RM662.45 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 2.93 bilion saham bernilai RM1.02 bilion berbanding 3.27 bilion saham bernilai RM1.04 bilion sebelumnya.

BERNAMA

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia