Berita Harian

Pasangan suami isteri menang cabutan bertuah Perodua Axia anjuran LBS

-

Keputusan membeli rumah teres dibangunka­n LBS Bina Group (LBS) di KITA @ Cybersouth pada tahun lalu membuatkan pasangan suami isteri, Mohd Faizul Hasan, 37, dan Nurul Fatehah Saaya, 35, tidak menyangka dipilih sebagai antara pemenang utama kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 menerima sebuah kereta Perodua Axia yang berlangsun­g di galeri jualan KITA @ Cybersouth kelmarin.

Mereka dipilih sebagai salah satu pemenang daripada 17 individu bagi membawa hadiah utama sebuah kereta Perodua Axia.

Pasangan suami isteri dari Bandar Sunway, Petaling Jaya dan mempunyai tiga cahaya mata berusia antara tiga hingga enam tahun itu menyifatka­n ia sebagai ‘hadiah hari raya’ paling besar yang pernah diterima sepanjang perkahwina­n mereka.

Mohd Faizul yang juga seorang pemandu di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya berkata, pada Jumaat lalu dihubungi oleh seorang individu menyatakan beliau dipilih sebagai salah seorang pemenang dan pada awalnya hanya menjangkak­an

panggilan daripada scammer.

Menurutnya, bagi meyakinkan perkara itu beliau turut menghubung­i syarikat pemaju untuk mendapatka­n pengesahan dan terkejut apabila dimaklumka­n menerima hadiah utama Perodua Axia sempena peraduan itu.

Katanya, kereta baharu itu

adalah kenderaan ketiga bagi mereka dan akan dihadiahka­n kepada isteri untuk berulang-alik ke tempat kerja bagi menggantik­an kereta Kancil yang sudah lama.

“Pada tahun lalu kami berbincang untuk membeli rumah di sini selepas melihat iklan di Facebook dan selepas datang

melawat ke kawasan ini kami sepakat membelinya kerana kawasan ini sesuai didiami serta dilengkapi dengan infrastruk­tur seperti sekolah, kedai dan masjid yang akan dibina mengikut fasa,” katanya

Sementara itu, Nurul Fatehah berkata, mereka membeli rumah teres dua tingkat berharga RM490,000 itu secara berkongsi pinjaman bank dengan suami yang dijangka siap pada 2027.

Menurutnya, kereta ini akan digunakan sendiri dan tidak akan dijual kerana ia menyimpan suatu kenangan besar sepanjang perkahwina­n kami.

Katanya, selepas siap kami bercadang untuk berpindah ke sini kerana tidak lama lagi akan berpindah tempat kerja di Cyberjaya dan berdekatan dengan tempat kerja.

“Saya menyifatka­n kemena ngan ini suatu rezeki kerana sebelum membuat keputusan, kami pernah datang dua kali bagi meyakinkan diri untuk memilih kawasan ini sebagai pilihan tempat tinggal,” katanya.

Majlis penyampaia­n hadiah bersempena kempen Fabulous Extra 2022-23 anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) itu bagi menamatkan kempen cabutan bertuah membabitka­n pembeli sebelum ini.

LBS menyediaka­n hadiah bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi seperti hadiah utama 17 Perodua Axia, motosikal, peralatan rumah dan sistem hiburan untuk diberikan kepada pembeli bertuah kali ini.

 ?? (Foto Samadi Ahmad/bh) ?? Mohd Faizul dan Nurul Fatehah dipilih sebagai antara pemenang hadiah utama Perodua Axia sempena kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 LBS yang diumum di galeri jualan KITA @ Cybersouth, Dengkil, semalam.
(Foto Samadi Ahmad/bh) Mohd Faizul dan Nurul Fatehah dipilih sebagai antara pemenang hadiah utama Perodua Axia sempena kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 LBS yang diumum di galeri jualan KITA @ Cybersouth, Dengkil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia