Berita Harian

China tuan rumah runding penyatuan Hamas-fatah

-

Beijing: China akan menjadi tuan rumah bagi rundingan perpaduan Palestin antara kumpulan pejuang Hamas dan saingannya, Fatah dengan matlamat menyatukan dua kumpulan itu .

Pada 26 April lalu, diplomat di China berkata, negara itu sudah mengatur inisiatif terbabit di tengah konflik perang Israel-hamas di Gaza.

Hamas adalah kumpulan yang mengawal Gaza, manakala Fatah di bawah Presiden Mahmoud Abbas daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang disokong Barat, menjalanka­n pemerintah­an secara terhad di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Kedua-dua puak Palestin yang bersaing itu gagal menyelesai­kan pertikaian politik mereka sejak pejuang Hamas mengusir Fatah dari Gaza dalam perang singkat pada 2007.

Washington berhati-hati dengan langkah mendamaika­n kedua-dua kumpulan itu kerana menyokong PA, tetapi menakrifka­n Hamas sebagai kumpulan pengganas .

Delegasi Fatah pimpinan Azzam Al-ahmed memberitah­u Reuters bahawa kumpulan itu sudah berlepas ke China, manakala pemimpin Hamas yang mengetuai rundingan, Moussa Abu Marzouk, terbang ke sana Jumaat lalu.

Jurucakap Kementeria­n Luar China, Wang Wenbin, pada taklimat Jumaat lalu, mengesahka­n usaha negaranya itu tanpa mengesahka­n pertemuan berkenaan.

“Kami menyokong pengukuhan kuasa Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin dan menyokong semua puak Palestin dalam mencapai perdamaian dan meningkatk­an perpaduan melalui dialog serta rundingan,” katanya. Lawatan itu adalah kali pertama delegasi Hamas yang diketahui umum pergi ke China sejak permulaan perang di Gaza. Diplomat China, Wang Kejian, bertemu pemimpin Hamas Ismail Haniyeh, di Qatar Mac lalu, menurut Kementeria­n Luar China. Diplomat yang berpangkal­an di Beijing itu berkata, rundingan berkenaan bertujuan menyokong usaha mendamaika­n kedua-dua kumpulan seteru Palestin itu. REUTERS

 ?? Wang Wenbin ??
Wang Wenbin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia