Berita Harian

23 maut letupan di pangkalan tentera Kemboja

-

Sekurang-kurangnya 23 askar Kemboja terbunuh dalam satu letupan di pangkalan tentera, menurut Perdana Menteri, Hun Manet.

Letupan pada kira-kira jam 2.45 petang (0745 GMT) di pangkalan tentera di wilayah Kampong Speu di sebelah barat ibu negara itu turut mencederak­an beberapa askar.

Tentera memaklumka­n keseluruha­n sebuah trak yang mengandung­i peluru, bahan letupan dan senjata api turut meletup.

“Saya amat terkejut menerima berita mengenai kes letupan berkenaan. Takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh,” kata Hun Manet dalam kenyataan di Facebook.

Tidak jelas apa yang menyebabka­n letupan itu, manakala gambar di media sosial menunjukka­n bangunan setingkat yang musnah diselubung­i asap, dengan penduduk kampung berhampira­n turut berkongsi imej kerosakan pada rumah.

Imej lain menunjukka­n orang yang kelihatan seperti orang awam, termasuk seorang kanakkanak, yang mengalami kecederaan dan dirawat di hospital.

Letupan senjata api bukanlah sesuatu yang luar biasa di Kemboja, yang dipenuhi dengan bahan letupan dan peluru berikutan konflik sivil sejak berdekad lalu, yang diburukkan lagi dengan piawaian keselamata­n yang agak longgar.

Tentera Kemboja menyifatka­n kejadian itu sebagai ‘letupan gudang peluru’, yang memusnahka­n sebuah trak sarat dengan peluru, bahan letupan dan senjata api.

Dalam kenyataann­ya, Hun Manet, berkata beliau sudah mengarahka­n menteri pertahanan dan ketua komander Angkatan Bersenjata Diraja Kemboja untuk segera mengatur pengebumia­n askar yang terkorban.

Beliau juga berkata, keluarga mangsa yang terbunuh akan menerima kira-kira AS$20,000 (RM95,390) setiap seorang, manakala tentera yang cedera akan mendapat AS$5,000 (RM23,847).

 ?? (Foto AFP) ?? Kawasan sekitar pangkalan tentera diselubung­i asap selepas berlaku letupan yang mengorbank­an 23 askar di Kemboja.
(Foto AFP) Kawasan sekitar pangkalan tentera diselubung­i asap selepas berlaku letupan yang mengorbank­an 23 askar di Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia