Berita Harian

Bella, Adira popularkan lagu Ernie hingga ke Indonesia

-

Penyanyi Ernie Zakri, 32, mengakui rakaman duet Bella Astillah dan Adira Suhaimi menerusi lagu Masing-masing membantu melonjakka­n populariti lagu hingga negara seberang.

Ernie berkata, nyanyian versi saduran itu bagaikan menggandak­an promosi lagu duetnya bersama penyanyi Indonesia, Ade Govinda.

“Jujurnya, lagu Masing-masing ini semakin popular apabila Bella dan Adira tampil dengan versi saduran sangat membantu.

“Saya bersyukur sebab lagu Masing-masing mampu memberikan kekuatan kepada wanita yang merasakan diri mereka dilukai, Alhamdulil­lah mesej lagu ini diguna baik,” katanya kepada HIP ketika menerima pengiktira­fan istimewa daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selepas cemerlang di peringkat antarabang­sa menerusi lagu duet, Masing-masing.

Ernie menerima pengiktira­fan itu pada Majlis Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024 (SRIM), baru-baru ini.

Pengiktira­fan itu selepas lagu Masing-masing berjaya mengunggul­i carta radio Gen 98.7 FM di Indonesia.

Ernie berkata, dia berterima kasih kepada Universal Music Malaysia kerana menjadi ‘orang tengah’ yang merealisas­ikan kerjasama bersama Ade Govinda sehingga mampu menaikkan namanya di Indonesia. “Alhamdulil­lah, projek ini sangat istimewa. Bila buat projek membabitka­n pengkarya luar negara, saya dan Universal Music Malaysia cuba rancang yang terbaik.

“Maksudnya, selagi lagu dapat memberi perhatian kepada pendengar, kami cuba sehabisnya mempromosi­kan lagu ini sebaik mungkin.

“Akhirnya kerja keras kami menampakka­n hasil. Bagaimanap­un, saya tidaklah mengatakan lagu Masing-masing sangat berjaya, tapi ia adalah kejayaan yang perlu disyukuri. “Untuk berada dalam carta radio di Indonesia bukannya mudah. Hanya beberapa kali ke sana barulah mereka sedar kehadiran saya secara perlahan-lahan,” katanya. Bagaimanap­un, Ernie mengakui dirinya masih ‘kerdil’ dan banyak yang perlu diusahakan untuk melebarkan sayapnya di negara seberang. “Saya tak anggap apa yang saya lakukan sudah berjaya. Tapi, ia langkah awal untuk saya mengembang­kan bakat di Indonesia.

“Semoga usaha ini memberi peluang dan ruang untuk penyanyi di Malaysia melebarkan sayap di luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie berkata, dia bersama Universal Music Malaysia juga mempunyai perancanga­n merakamkan lagu dan berkolabor­asi dengan penyanyi wanita di Indonesia.

“Sebenarnya, ada beberapa perancanga­n dibuat termasuk mencari lagu dan bekerjasam­a dengan komposer Indonesia. Ada beberapa pertemuan sudah dilakukan.

“Bagi saya, semua ini mungkin ambil masa. Umur saya sudah 32 tahun, jadi saya perlu cepat.

“Saya ada perancanga­n berduet, tapi saya tak mahu sebut nama, bimbang tak jadi. Ada beberapa penyanyi wanita Indonesia yang turut berminat untuk berkolabor­asi,” katanya.

 ?? ?? Adira Suhaimi
Bella Astillah
Adira Suhaimi Bella Astillah
 ?? ?? Ernie Zakri
Ernie Zakri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia