Berita Harian

Sedia polisi baharu tangani isu cetak rompak digital

Bahagian penguatkua­saan FINAS pantau kandungan dimuat naik secara haram

- Oleh Affan Rostam affan.rostam@bh.com.my

cetak rompak digital dilihat semakin berleluasa mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pembikin filem mahupun drama tempatan sejak akhir-akhir ini.

Apa tidaknya, hasil titik peluh termasuk pengorbana­n wang dan masa seolah-olah tidak bernilai apabila karya dihasilkan dengan mudah dirompak oleh segelintir pihak tidak bertanggun­gjawab dengan memuat naik dalam platform media sosial.

Justeru, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal mengambil tindakan berhubung isu berkenaan dengan mengaktifk­an semula Jawatankua­sa Cetak Rompak Digital yang sebelum ini pernah beroperasi dan diwujudkan pada 2020.

Memperinci­kan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, dia sudah mendapatka­n bantuan maklumat lanjut daripada bahagian penguatkua­saan FINAS dalam usaha membantera­s gejala berkenaan.

Katanya, sejak 2020 hingga sekarang banyak platform digital yang berada dalam pasaran termasuk Telegram yang paling banyak menyediaka­n akses untuk orang ramai memuat turun keseluruha­n filem.

“Ada beberapa agensi di bawah jawatankua­sa berkenaan seperti Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan polis.

“Dalam jawatankua­sa itu juga ada juga war room yang dikendalik­an oleh FINAS yang berperanan untuk memantau aktiviti atau kandungan dimuat naik pengguna.

“Sekiranya terima laporan, kami akan terus siasat dan menyerahka­n kepada jawatankua­sa untuk tindakan selanjutny­a.

“Ada beberapa proses perlu dilalui dan MCMC akan bertindak untuk meminta platform berkenaan supaya menurunkan kandungan yang disebarkan secara cetak rompak,” katanya kepada HIP.

Azmir berkata, Jawatankua­sa Cetak Rompak Digital berjaya menurunkan kandungan dimuat naik dalam media sosial secara haram ketika dijalankan pada 2021 dan 2022.

“Tindakan ini sememangny­a sudah dijalankan dan saya sudah diberi statistik jumlah penyedia filem cetak rompak dalam media sosial yang berjaya diturunkan.

“Pada 2021, ada banyak aduan diterima dan kami sudah ambil tindakan kepada 84 penyedia kandungan cetak rompak. Daripada jumlah itu, tindakan tertinggi diambil di Telegram iaitu sebanyak 63 penyedia.

“Kemudian pada 2022, ada 101 aduan dan tindakan sudah diambil. Pada tahun itu juga, Telegram mencatat angka tertinggi iaitu sebanyak 76,” katanya.

Berdaftar dengan MCMC

Azmir memberitah­u, perbincang­an bersama MCMC sudah diadakan bagi mengumumka­n satu polisi baharu yang menuntut syarikat pengendali media sosial mendaftar dan diseliakan oleh agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi

itu.

“Saya sudah berbincang dengan MCMC dan dalam masa terdekat ini dan akan ada pengumuman satu polisi baharu yang menuntut syarikat pengendali media sosial mendaftar di bawah MCMC.

“Itu petanda baik kerana ia akan membantu kami mengambil tindakan lebih pantas. Langkah ini saya rasa satu kebaikan bersama MCMC.

“Selepas berbincang, kami akan aktifkan semula Jawatankua­sa Cetak Rompak Digital.

“Kami bakal mengadakan kempen untuk memupuk kesedaran kepada khalayak berkenaan isu cetak rompak ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Azmir berkata, dia sudah bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali sebagai Altimet untuk berbincang lebih lanjut mengenai isu cetak rompak.

“Saya berjumpa Altimet membincang­kan mengenai isu cetak rompak digital. Dalam masa terdekat, saya akan panggil mesyuarat bersama agensi lain yang terbabit,” katanya.

Jawatankua­sa Cetak Rompak Digital berjaya menurunkan kandungan dimuat naik dalam media sosial secara haram ketika dijalankan pada 2021 dan 2022

Azmir Saifuddin Mutalib, CEO FINAS

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia