Berita Harian

Rebel tiada kaitan kongsi gelap

Bukan filem berunsur negatif, Awie angkat kisah perseterua­n dalam naskhah arahan pertama

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

mencipta fenomena menerusi filem Sembilu pada 1994, penyanyi yang juga vokalis Wings, Datuk Awie terus melangkah dan banyak menjayakan filem pecah panggung sehingga hari ini.

Selama 30 tahun menimba ilmu dalam dunia lakonan dan di sebalik tabir, Awie berkata, dia kini menduduki kerusi pengarahan dan tampil dengan filem pertama berjudul Rebel: Berontak

Untuk Berotak.

Awie berkata, idea menghasilk­an filem Rebel tercetus apabila bertemu Allahyarha­m Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London. Menerusi idea diutarakan sahabat baiknya, terhasilla­h filem pertama berkenaan.

“Arwah Mat London bersama penerbit datang bertemu dan berbincang mengenai filem Rebel, namun agak terkejut apabila mereka menawarkan saya mengarahka­n filem ini.

“Secara jujurnya, ini satu tanggungja­wab besar. Saya terharu atas peluang diberikan dan menerimany­a dengan hati terbuka.

“Terima kasih kepada Datuk Yusof Haslam yang memperkena­lkan saya dalam filem Sembilu. Kini, saya naik ‘pangkat’ sebagai pengarah,” katanya kepada

HIP ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Rebel: Berontak Untuk Berotak di TGV The Starling Mall, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Rebel: Berontak Untuk Berotak berkisarka­n mengenai perseterua­n antara dua individu iaitu Luka lakonan Ben Amir dan Bono (MK K-clique), meskipun berada dalam pertubuhan sama.

Bagaimanap­un, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 56, berkata, filem bergenre aksi itu adalah cetusan ideanya, namun jalan cerita tiada kena mengena dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.

Bagi Awie, apa yang ingin dipaparkan adalah proses ‘baik pulih’ dalam sesebuah pertubuhan selepas berlaku kepincanga­n.

“Inti pati paling utama yang ingin saya sampaikan adalah sikap rebel atau memberonta­k

yang ada dalam diri dan jiwa seseorang individu.

“Dalam kehidupan, tiada manusia nak dilahirkan menjadi jahat. Tentu ada punca membuatkan seseorang individu ada sikap rebel dalam diri, itu yang saya ingin tonjolkan dalam filem ini,” katanya.

Pada masa sama, Awie turut menolak filemnya berunsur negatif seperti didakwa.

Baginya, ada mesej perjuangan yang baik ingin disampaika­n, justeru penonton jangan hanya menilai selepas menonton trailer.

“Tengoklah dulu apa yang dipersemba­hkan dan perjuangka­n.

“Kalau tak tengok dan hanya dengar komen orang, itu tak adil. Tengok dan betulkan apa pemikiran negatif.

“Tak guna cuba tegakkan benang basah. Saya hanya mahu

cuba perbaiki perkara tak elok jadi lebih baik,” katanya.

Tambah Awie, kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengah­kan sudah lama berlaku dalam masyarakat, cuma tidak diketahui pergerakan kerana sifat mengambil tahu semakin berkuranga­n.

“Saya bergaul dengan semua peringkat golongan. Dari atas sampailah bawah, jadi saya tahu pergerakan ini.

“Rasanya sekeliling kita, di sebelah rumah pun sudah ada ahli, cuma kita sahaja yang tak ambil tahu.

“Kalau ambil tahu, mungkin benda ini lebih bagus daripada dunia politik.

“Mereka ini ada lebih sifat kekeluarga­an dan sepatutnya tak boleh menjatuhka­n antara satu sama lain. Mereka sebenarnya lebih murni dari segi perjuangan,” katanya.

Menjawab pertanyaan adakah filem Rebel berdasarka­n kisah benar membabitka­nnya yang pernah didakwa berstatus ‘abang long’ dan ‘ayahanda’, Awie berkata, dia adalah ayahanda kepada anaknya.

“Saya memang ada gelaran ayahanda. Anak saya ada enam, nak masuk tujuh. Cuma, itu bukan masalahnya, apa yang saya paparkan adalah perkara yang berlaku.

“Ia juga tiada sangkut paut dengan kongsi gelap, perjuangan ini murni mengikut sunnah Rasulullah SAW sebagaiman­a diceritaka­n dalam al-quran. Namun, apabila ada segelintir buat busuk, ini yang merosakkan perjuangan, kalau dulu, sangat bagus,” katanya.

Berkongsi cabaran selaku pengarah, Awie berkata, antaranya adalah bajet terhad dan kekangan masa.

“Macam mana pun tugas pengarah ini nak kena selesaikan masalah dalam set. Contoh, masalah pelakon jika tak dapat buat sesuatu babak, jadi saya kena cuba buat sampai nampak memang ‘hero’.

“Seperti heroin saya kena pastikan sama seperti kehendak karakter dan ia teramat mencabar kreativiti,” katanya.

Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak diterbitka­n Wau Production­s Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan kos pembikinan mencecah hampir RM1 juta.

Penggambar­an filem dihasilkan, tahun lalu selama sebulan sekitar Lembah Klang dan Sungai Buloh, Selangor.

Selain Ben dan MK K-clique, filem itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbania­h, Azlan Komeng dan Awie sendiri. Ia bakal menemui penonton pawagam di seluruh negara pada 2 Mei ini.

 ?? (Foto Eizairi Shamsuddin/bh) ?? Awie bersama barisan pelakon ketika majlis tayangan perdana filem Rebel: Berontak Untuk Berotak di Petaling Jaya, baru-baru ini.
(Foto Eizairi Shamsuddin/bh) Awie bersama barisan pelakon ketika majlis tayangan perdana filem Rebel: Berontak Untuk Berotak di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia