Berita Harian

Beringat JAMU JUADAH

-

RAMAI yang mula bimbang dengan masalah kenaikan berat badan yang juga antara masalah utama membelengg­u fikiran wanita, malah lelaki sejurus ketibaan musim perayaan.

Perut mula membuncit, muka semakin bulat dan badan terasa berat tatkala melangkah kaki menjadi antara tanda utama berat badan semakin bertambah.

Jemputan rumah terbuka pada setiap hujung minggu selain berkunjung ke rumah saudara dan sahabat terdekat yang rataratany­a menghidang­kan pelbagai juadah lazat juga antara faktor kenaikan berat badan.

Ditambah dengan gaya hidup seharian yang tidak sihat terutama tang a melakukan senaman memburukka­n lagi situasi yang akhirnya menimbulka­n pelbagai risiko kesihatan.

Bukan tidak boleh menikmati hidangan mudah atau lazat, namun setiap individu perlu beringat kesan yang akan ditanggung berbulan atau bertahun lamanya jika faktor pemakanan tidak dipandang serius.

Langkah beringat dan mengambil makanan sihat dalam kuantiti bersesuaia­n perlu dilakukan bagi memastikan berat badan tidak naik mendadak selain mengamalka­n senaman.

Berikut tujuh langkah mudah yang boleh anda lakukan untuk mengekalka­n berat badan ideal:

• Tetapkan waktu makan. Dan ingat petua ini-berhenti makan sebelum kenyang.

• Usah mengambil semua hidangan disediakan ketika berkunjung ke rumah terbuka atau berhari raya.

• Makan buah-buahan dan sayursayur­an serta pastikan makanan seimbang.

• Kurangkan pengambila­n makanan berlemak. Paling penting, jangan makan terlalu banyak.

• Rajinkan diri untuk mengamalka­n gaya hidup lebih aktif dan jangan terlalu banyak berehat atau tidur terutama selepas makan. Sebaiknya, lakukan senaman.

• Minum air putih dalam kuantiti mencukupi.

• Jangan simpan makanan ringan di dalam peti sejuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia