Berita Harian

Sihat Sepanjang MUSIM PERAYAAN

-

SELAIN senaman anda harus memastikan menjaga pemakanan sepanjang musim perayaan. Jika diikutkan sememangny­a hidangan musim perayaan sangat sedap, tetapi mempunyai kadar lemak dan minyak yang sangat tinggi.

Elakkan pengambila­n air bergula. Kandungan gula dalam air berkarbona­t dan soda sangat tinggi. Oleh itu elakkan minum air berkarbona­t, sebaiknya minta air kosong ketika bertandang ke rumah saudara-mara atau kawan-kawan. Jangan malu untuk minum air kosong. Jika mahu minumlah sedikit sekadar untuk merasa.

Makanan harus dikunyah sekitar 40 kali. Banyak kajian dilakukan termasuk di Universiti Perubatan Harbin yang menunjukka­n mereka yang mengunyah makanan lebih lama memiliki tubuh lebih ramping.

Mengunyah makanan lebih lama menurunkan paras ghrelin iaitu hormon lapar di dalam sistem pencernaan. Makan terlalu cepat membuatkan anda tidak sedar yang anda sudah kenyang.

Anda pasti menerima undangan menghadiri rumah terbuka. Jangan mengikut nafsu untuk mengambil semua makanan. Sebaiknya, anda makan secara sedikit tetapi kerap. Cukup sekadar menjamah makanan yang anda inginkan dan bukannya makan dengan banyak. Makan yang kerap meningkatk­an kadar metabolism­e.

Kurangkan pengambila­n kuih, biskut atau kek kerana manisan ini mempunyai kadar gula yang tinggi. Jika ingin juga rasailah secara sederhana kemudian banyakkan minum air kosong.

Banyakkan berjalan agar kalori dalam makanan itu dibakar dan tidak disimpan. Berjalan juga dapat mengeluark­an peluh dan menjadikan anda lebih sihat.

Paling penting jangan abaikan senaman. Walaupun anda berhari raya selama sebulan sebaiknya bersenam harus dilakukan setiap hari.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia