Berita Harian

Pertengkar­an tambah masalah Liverpool

Klopp cuba reda kemarahan, Salah berang selepas seri dengan West Ham

-

Mohamed Salah menafikan percubaan Jurgen Klopp untuk mengendurk­an pertengkar­an antara mereka di tepi padang dengan pemain sayap itu berkata akan ada ‘api kemarahan’ jika dia bercakap selepas cabaran Liverpool memburu kejuaraan dijejaskan dengan satu lagi tamparan ketika seri 2-2 di West Ham.

Salah, yang digugurkan selepas kekalahan Liverpool pada pertengaha­n minggu di Everton, kelihatan marah ketika dia menanti untuk tampil dari bangku pemain simpanan di Stadium London.

Bintang Mesir itu bertindak balas selepas Klopp, yang pasukannya memburu gol kemenangan lewat selepas mensia-siakan pendahulua­n 2-1, cuba bercakap dengannya.

Insiden itu berakhir apabila Darwin Nunez, seorang lagi pemain gantian, terpaksa masuk campur meleraikan Salah daripada pengurus Liverpool itu.

Klopp, yang dijangka digantikan oleh jurulatih Feyenoord, Arne Slot pada hujung musim ini, tidak mahu memperbesa­r-besarkan insiden itu.

“Kami bercakap mengenainy­a dalam bilik persalinan dan saya sudah menyelesai­kannya,” katanya.

Ditanya jika Salah sedia untuk menerimany­a, Klopp menambah: “Itulah yang saya faham.”

Tidak gembira

Namun Salah kelihatan tidak gembira apabila berjalan melepasi wartawan ketika keluar dari stadium itu.

Dia enggan melayan temu ramah dan berkata: “Akan ada api kemarahan hari ini jika saya bercakap.”

Ia satu lagi hari yang mengecewak­an buat Liverpool dengan harapan mereka untuk mengejar Arsenal dan Manchester City kelihatan sukar selepas catatan satu kemenangan dalam lima perlawanan.

Mereka ketinggala­n dua mata di belakang Arsenal, yang beraksi kurang satu perlawanan dan satu di belakang City, yang beraksi kurang dua perlawanan berbanding Liverpool.

Klopp enggan untuk mengalah namun beliau kelihatan tidak terlalu yakin. AGENSI

 ?? (Foto REUTERS) ?? Salah dilihat bertengkar dengan Klopp di tepi padang sebelum masuk menggantik­an Luis Diaz.
(Foto REUTERS) Salah dilihat bertengkar dengan Klopp di tepi padang sebelum masuk menggantik­an Luis Diaz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia