Berita Harian

Malaysia tersungkur di halangan pertama

Kejayaan beregu pertama gagal diteruskan pasukan

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mata penyamaan yang diraih beregu wanita negara, Go Pei Kee-teoh Mei Xing tidak berupaya untuk terus melonjakka­n motivasi skuad Piala Uber negara apabila tewas 1-4 di tangan Taiwan dalam aksi pertama Kumpulan B, semalam.

Goh Jin Wei turun sebagai pemain perseorang­an pertama negara di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-tech, Chengdu, China untuk bertemu wakil Taiwan, Tai Tzu Ying dan biarpun sudah memberikan tentangan sengit namun lawan di ranking kelima dunia itu, sukar untuk dijinakkan­nya.

Jin Wei yang berada di ranking ke-32 dunia tewas 19-21, 2022 di tangan Tzu Ying dalam tempoh 33 minit dan biarpun Taiwan sudah mendahului 1-0, namun ia tidak mematahkan semangat Pei Kee-mei Xing untuk kembali menaikkan semangat pasukan.

Ikat kedudukan

Pei Kee-mei Xing berjaya menewaskan lawan mereka di ranking ke-24 dunia Hsu Ya Ching-lin Wan Ching dengan kemenangan straight set 21-19, 21-17 sekali gus mengikat kedudukan kepada 1-1.

“Saya rasa tak ada tekanan (selepas Jin Wei tewas). Rasa gemuruh itu ada tetapi saya bangkit dan cuba tenangkan diri selain memikirkan hanya untuk melakukan yang terbaik dalam gelanggang,” kata Pei Kee.

Dalam pada itu rakan gandingan Pei Kee yang juga kapten pasukan Piala Uber negara, Mei Xing menganggap mata penyamaan diraih mereka bakal membantu pasukan untuk terus bermotivas­i.

“Saya rasa sangat penting kerana semua junior dan kali pertama. Kalau lawan mendahului 1-0 atau 2-0, mereka akan memasuki gelanggang dengan perasaan lebih gemuruh. Jadi kalau kami (dia dan Pei Kee) dapat mata, ia sesuatu yang bagus untuk melonjakka­n semangat pasukan,” kata Mei Xing.

Kemenangan Pei Kee-mei Xing berjaya melonjak semangat perseorang­an kedua negara, K Letshanaa untuk beraksi lebih cemerlang pada perlawanan ketiga namun lawannya Hsu Wen Chi mampu mempamerka­n kebangkita­n selepas tewas di set pertama 13-21.

Wen Chi kembali meletakkan Taiwan di hadapan 2-1 dengan melakar kemenangan 13-21, 21-17, 21-16.

Taiwan terus mendahului perlawanan apabila beregu kedua mereka, Hu Ling Fang-teng Chun Hsun berjaya menewaskan Ho Lee Ee-tan Zhing Yi 17-21, 11-21 dalam tempoh 32 minit sebelum Sung Shuo Yun memuktamad­kan kemenangan 4-1 pasukan dengan menundukka­n Wong Ling Ching 21-17, 22-20.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pei Kee (kiri) dan Mei Xing selepas menewaskan beregu Taiwan pada Piala Uber 2024 di Pusat Sukan Zon High-tech Chengdu.
(Foto BERNAMA) Pei Kee (kiri) dan Mei Xing selepas menewaskan beregu Taiwan pada Piala Uber 2024 di Pusat Sukan Zon High-tech Chengdu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia