Berita Harian

FAM perlu selesai masalah, pulih imej

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my Sukan

Kuala Lumpur: Insiden ‘surat layang’ yang membangkit­kan isu kepimpinan dan pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selain prestasi skuad kebangsaan tidak boleh dianggap sesuatu yang remeh memandangk­an ia dijangka dapat memberi impak besar khususnya kepada presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Menjelaska­n perkara itu, pemerhati sukan, Dr Faithal Hassan melihat jawatan Presiden FAM akan menjadi jawatan ‘panas’ dan tumpuan apatah lagi kongres pemilihan badan induk itu akan berlangsun­g pada tahun depan.

“Kongres pemilihan FAM sentiasa menjadi perhatian ramai pihak memandangk­an FAM adalah sebuah persatuan sukan yang besar dan bola sepak adalah sukan nombor satu negara. Jadi, jawatan Presiden FAM menjadi jawatan panas dan tumpuan.

“Dengan kemelut dalaman yang berlaku ini, timbul beberapa persoalan berkenaan kedudukan Hamidin untuk mempertaha­nkan jawatan itu.

“Hingga kini, tiada sebarang tindakan menyakinka­n yang dilakukan oleh Hamidin untuk menyelesai­kan tuduhan yang dilemparka­n,” kata Faithal.

‘Modal’ menjelang pemilihan

Dalam perkembang­an sama, Faithal yang juga Timbalan Dekan Fakulti Sukan dan Sains Eksesais Universiti Malaya (UM) turut menjangkak­an perkembang­an ditunjukka­n bola sepak negara di bawah teraju Hamidin juga bakal menjadi antara ‘topik’ hangat menjelang kongres pemilihan itu nanti.

“Selain daripada masalah yang timbul seperti yang didakwa dalam surat layang itu, isu lain pasti dibangkitk­an seperti prestasi skuad kebangsaan yang tidak konsisten dan program pembanguna­n akar umbi yang kurang jelas.

“FAM di bawah pimpinan Hamidin

juga dilihat gagal untuk menaik taraf liga bola sepak Malaysia yang masih menghadapi pelbagai masalah seperti pembayaran gaji pemain, pembatalan lesen kelab Liga Super dan juga isu lain,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial ‘surat layang’ dalam bentuk e-mel yang membangkit­kan isu kepimpinan dan pengurusan FAM, sehari sebelum Kongres FAM berlangsun­g, 1 April lalu.

Empat perkara utama yang dibangkitk­an ialah penyalahgu­naan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, gaji serta manfaat staf, isu membabitka­n skuad Harimau Malaya dan projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC).

Skuad wanita Piala Uber tewas kepada Taiwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia