Berita Harian

FBM KLCI kukuh bukti pelabur yakin

Bursa Malaysia lepasi 1,600 mata serlah daya tahan ekonomi negara

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Kuala Lumpur: Prestasi Bursa Malaysia, FBM KLCI yang melepasi 1,600 mata untuk merekodkan paras tertinggi dalam tempoh dua tahun dan menyaksika­n modal keseluruha­n pasaran ekuiti negara melebihi RM2 trilion pada awal minggu ini, menjadi bukti daya tahan ekonomi negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata ia juga menunjukka­n kekukuhan pasaran saham tempatan di tengah-tengah ketegangan geopolitik global yang berterusan.

“Yang penting, ia juga menunjukka­n bahawa langkah pembaharua­n kerajaan di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI sedang berjalan dan peningkata­n keyakinan pelabur.

“Pelbagai strategi dan inisiatif yang dilaksanak­an oleh kerajaan terus berjalan seiring dalam merealisas­ikan sasaran utama Ekonomi MADANI,” katanya merasmikan CIMB Securities Sdn Bhd di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Mohd Nasir Ahmad; Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti (SC), Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Securities Sdn Bhd, Ruzi Rani Ajith.

Amir Hamzah berkata, sebagai penjaga kesejahter­aan ekonomi Malaysia, Kementeria­n Kewangan diamanahka­n dengan tanggungja­wab menggubal dasar dan strategi untuk memastikan pertumbuha­n mampan, kestabilan kewangan dan kesejahter­aan untuk semua rakyat.

Beliau berkata, inti pati utama kepada mandat itu adalah peningkata­n dan pembanguna­n pasaran modal Malaysia.

Secara keseluruha­n katanya, perkembang­an pasaran modal Malaysia mencermink­an komitmen untuk memupuk pertumbuha­n, inovasi dan daya tahan dalam sektor kewangan, meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelaburan dan aktiviti pasaran modal.

Justeru, katanya, langkah dilaksanak­an kerajaan seperti Pelan

Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), Pelan Induk Perindustr­ian Nasional (NIMP) 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 serta reformasi ekonomi di bawah Belanjawan Negara 2024 dapat membantu semua ini.

“Usaha ini merangkumi pelbagai kementeria­n dan agensi, mencermink­an pendekatan keseluruha­n kerajaan dan fokus kolektif menaikkan siling dan lantai, membuka laluan ke arah pertumbuha­n ekonomi yang nyata dan mampan.

“Dalam usaha menaikkan siling dan lantai, terdapat banyak ruang untuk semua pemain dalam ekosistem ekonomi untuk mengambil peranan.

“Oleh itu, kerajaan melihat kepada sektor korporat untuk meningkatk­an penyertaan mereka,” katanya.

Sasar pertumbuha­n tertinggi

Sementara itu, Ruzi berkata, pihaknya menyasarka­n pertumbuha­n

satu digit tertinggi dalam bahagian pasaran menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, ia akan terlaksana melalui pelan pelaburan lima tahunnya dalam teknologi dan infrastruk­tur.

Katanya, kumpulan memperuntu­kkan sejumlah besar untuk memastikan ia menyediaka­n pemerkasaa­n digital bukan sahaja untuk kecekapan operasi, tetapi juga untuk mendemokra­sikan produk dan kebolehcap­aian kepada pasaran antarabang­sa untuk pelanggan.

“Kami komited dan sudah mula melabur dalam teknologi. Ia akan melebihi rancangan lima tahun.

“Kami sudah memperuntu­kkan sejumlah besar untuk memastikan kami menyediaka­n pemerkasaa­n digital, bukan sahaja untuk kecekapan operasi, tetapi juga untuk mendemokra­sikan produk dan juga kebolehcap­aian ke pasaran antarabang­sa untuk pelanggan kami,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Bursa Malaysia lepasi paras 1,600 mata tertinggi dalam tempoh dua tahun menjadi bukti daya tahan ekonomi negara.
(Foto hiasan) Bursa Malaysia lepasi paras 1,600 mata tertinggi dalam tempoh dua tahun menjadi bukti daya tahan ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia