Berita Harian

Penggunaan teknologi dalam sektor perladanga­n dipertingk­at

-

Kementeria­n Perladanga­n dan Komoditi sedia meningkatk­an penggunaan teknologi bagi mengurangk­an kebergantu­ngan tenaga buruh asing dalam sektor perladanga­n negara.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pihaknya sedia maklum bahawa sektor perladanga­n adalah di antara penyumbang besar dalam ekonomi negara

“Kerajaan begitu prihatin, mahu melihat supaya sektor perladanga­n ini sentiasa memenuhi pelbagai perkara, bagaimanap­un kita tidak mahu melihat perhutanan dalam negara diteroka untuk dikomersia­lkan.

“Cuma apabila membabitka­n sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) sahaja kita akan gunakan mereka (pekerja asing),” katanya kepada pemberita selepas mengiringi lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Tapak Operasi Sime Darby Plantation Berhad di Pulau Carey di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Johari berkata, sebagai contoh Sime Darby Plantation sudah berusaha membangunk­an teknologi yang boleh dimanfaatk­an dalam sektor perladanga­n di bawah seliaannya.

“Jadi, penggunaan tenaga kerja atau buruh, kalau kita ada lapan hektar (guna) seorang pekerja, tetapi Sime Darby Plantation kini meningkat menjadi 12.5 hektar bagi satu pekerja.

“Lagi tinggi kita meningkatk­an penggunaan mekanisasi atau teknologi, lagi kurang tenaga

kerja diperlukan dalam sektor perladanga­n,” katanya.

Katanya, teknologi berkenaan yang sebahagian­nya sudah digunakan Sime Darby Plantation, manakala sebahagian­nya lagi

masih lagi dalam proses prototaip.

“Kalau Sime Darby Plantation boleh capai setiap teknologi yang mereka buat ini, maka saya akan pastikan Lembaga Minyak

Sawit Malaysia (MPOB) untuk mengambil setiap teknologi berkenaan sebelum diperkenal­kan kepada semua pemain industri kelapa sawit di dalam negara,” katanya.

 ?? (Foto Genes Gulitah/bh) ?? Anwar bersama Johari melihat jentera digunakan bagi kegunaan tanaman sawit ketika lawatan kerja ke Tapak Operasi Sime Darby Plantation Berhad di Pulau Carey, Klang, semalam.
(Foto Genes Gulitah/bh) Anwar bersama Johari melihat jentera digunakan bagi kegunaan tanaman sawit ketika lawatan kerja ke Tapak Operasi Sime Darby Plantation Berhad di Pulau Carey, Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia