Berita Harian

Pemergian Mutang kehilangan besar buat Sarawak dan negara

Seri Paduka, Raja Permaisuri dahului ucapan takziah kepada keluarga mendiang

- Oleh Mohd Roji Kawi dan Mahani Ishak bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagang ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pagi semalam, disifatkan sebagai satu kehilangan yang besar buat rakyat Sarawak dan negara.

Yang di-pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, mendahului ucapan takziah yang disampaika­n pelbagai lapisan pemimpin negara dan negeri kepada keluarga beliau.

“Pemergian beliau ketika sedang berkhidmat untuk negara. Semoga keluarga mendiang tabah dalam menghadapi masa yang sukar ini. Salam takziah,” titah

Seri Paduka menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.

Terdahulu pejabat Yang Dipertua Dewan Negara mengesahka­n Mutang, 69, meninggal dunia pada jam 11.46 pagi ketika dalam rawatan di IJN. Beliau dimasukkan untuk rawatan setibanya dari lawatan kerja rasmi di Azerbaijan pada 6 Mei lalu. Mutang meninggalk­an isteri, Datin Ho May Leng dan tiga anak.

Pada 19 Februari lalu, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 menggantik­an Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan susulan perlantika­n sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Pelantikan Mutang mencipta sejarah, apabila mendiang yang berasal dari Lawas, Sarawak, menjadi pemimpin pertama daripada etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Jasa dikenang rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapan takziah, menyifatka­n segala jasa dan pengorbana­n Mutang pasti dikenang oleh rakyat selamasela­manya.

“Takziah buat keluargany­a. Mendiang adalah orang Dayak pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan ia pasti satu kehilangan besar buat rakyat Sarawak dan negara.

“Segala jasa dan pengorbana­nnya pasti dikenang rakyat selama-selamanya. Semoga keluarga mendiang tabah berdepan dugaan ini,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata segala khidmat bakti, jasa serta pengorbana­n mendiang kepada masyarakat dan negara akan sentiasa dikenang.

Sejurus menerima khabar

kematian mendiang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang sedang bersidang, bertafakur selama seminit bagi menghormat­i pemergiann­ya.

Timbalan Speaker, Datuk Idris Buang, ketika mengumumka­n kematian itu kepada sidang DUN, mengajak semua ADUN bertafakur sambil menyifatka­n

pemergian mendiang amat dirasai seluruh rakyat Sarawak.

ADUN Bakelalan, Baru Bian, menyifatka­n amat menyedihka­n apabila mengenang mendiang menghembus­kan nafas terakhir ketika baru sahaja beberapa bulan diberi kepercayaa­n menjadi Yang Dipertua Dewan Negara.

“Etnik Lun Bawang dan seluruh masyarakat Dayak, berbangga apabila mendiang dilantik ke jawatan itu. Saya secara peribadi mengenalin­ya dengan baik sebagai rakan Lun Bawang, peguam dan ahli politik,” katanya.

Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, menyifatka­n kematian Mutang sebagai satu lagi permata negara yang berpengala­man luas sebagai pemimpin dan pengamal undang-undang.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata GPS dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) menzahirka­n rasa dukacita di atas pemergian Mutang yang disifatkan kehilangan besar kepada Sarawak dan negara.

Etnik Lun Bawang dan seluruh masyarakat Dayak, berbangga apabila mendiang dilantik ke jawatan itu. Saya secara peribadi mengenalin­ya dengan baik sebagai rakan Lun Bawang, peguam dan ahli politik

Baru Bian, ADUN Bakelalan

 ?? ??
 ?? ?? DUN Sarawak yang bersidang, bertafakur bagi menghormat­i pemergian Mutang.
DUN Sarawak yang bersidang, bertafakur bagi menghormat­i pemergian Mutang.
 ?? ?? Mutang Tagang
Mutang Tagang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia