Berita Harian

Fuziah berucap mengenai Palestin di Qatar

-

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh akan menyampaik­an ucapan di Persidanga­n Kepimpinan Wanita Antarabang­sa - Menyokong Wanita dan Kanak-kanak Palestin di Qatar yang bermula semalam hingga 13 Mei.

Program berkenaan adalah anjuran Global Women’s Coalition for Al Quds and Palestine, sebuah pertubuhan peringkat antarabang­sa yang menyokong kesatuan pemimpin global dalam memberi sokongan kepada wanita dan kanak-kanak Palestin.

“Kehadiran Timbalan Menteri itu yang akan berkongsi melalui ucapan beliau, mencermink­an komitmen Malaysia selaku negara yang menyokong Palestin untuk bersama-sama pemimpin wanita global lain bertukar pandangan, mencari kaedah penyelesai­an terhadap konflik di Palestin, terutama dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

“Ia juga bagi menyatakan usaha berterusan Malaysia di arena global dalam menangani isu penceroboh­an di Palestin,” menurut kenyataan daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Selain itu, Fuziah akan turut melancarka­n satu inisiatif solidariti bersama Wanita Gaza yang dijenamaka­n oleh beliau iaitu “Women to Women & Women for Women Initiative” (W2W:W4W) untuk wanita dan anak gadis Gaza berbentuk beg ‘pouch’ kebersihan wanita untuk kegunaan, terutama ketika haid.

Antara kandungan kit kebersihan wanita berkenaan ialah tuala wanita yang dibuat daripada kain kapas lembut yang boleh dibasuh serta sabun khas selain barang keperluan kebersihan lain.

Kenyataan itu memaklumka­n projek W2W:W4W itu diuruskan dari awal hingga akhir oleh Yayasan MADANI iaitu sebuah yayasan berdaftar di Malaysia, dengan Fuziah adalah pengasas dan pengerusi yayasan berkenaan.

Projek itu berjaya menggemble­ng tenaga wanita daripada golongan pendapatan rendah untuk menjahit tuala berkenaan dan penerimany­a juga wanita.

BERNAMA

 ?? Fuziah Salleh ??
Fuziah Salleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia