Berita Harian

‘Sukar bagi Malaysia halang Iran jual minyak’

Tindakan guna negara sebagai transit tak salahi undang-undang

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sukar untuk Malaysia bertindak menghalang Iran daripada menjual minyak atau menggunaka­n sistem kewangan negara ini hanya disebabkan sekatan unilateral atau sebelah pihak berikutan tindakan sebegitu menyalahi undangunda­ng maritim negara.

Pakar geostrateg­i, Prof Dr Azmi Hassan, berkata paling utama sekatan terbabit tidak dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebaliknya hanya dilakukan Amerika Syarikat (AS).

“Dalam hal ini juga, pendirian Malaysia jelas tidak mengiktira­f sebarang sekatan secara unilateral oleh satu negara terhadap mana-mana negara lain, pertubuhan, individu atau syarikat yang didakwa menyalurka­n dana untuk kegiatan pengganas.

“Hakikatnya, tindakan Iran menjual minyaknya menggunaka­n Malaysia sebagai negara transit juga tidak menyalahi undang-undang negara, jadi memang sukar dan tidak boleh kita menghalang pemindahan minyak dari Iran,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pendirian Malaysia tidak menyokong sebarang kegiatan pengganas, selain turut memberi jaminan terus komited terhadap sebarang usaha membantera­s kegiatan pembiayaan keganasan.

Beliau berkata, kerajaan memahami kebimbanga­n disuarakan AS berhubung kewujudan aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas didakwa terkait dengan negara ini.

Ia kerana sebelum ini, AS percaya perairan Malaysia dan sekitar rantau ini digunakan sebagai lokasi untuk minyak Iran dijual kepada pembelinya bagi mengelak sekatan AS ke atas negara itu.

Setiausaha Perbendaha­raan bagi Keganasan dan Perisikan Kewangan Amerika Syarikat (AS), Brian Nelson, dilaporkan berkata AS sudah memantau pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan Malaysia.

Azmi berkata, pendirian Saifuddin juga jelas kerana PBB masih tidak mengenakan sekatan terhadap Iran dan Malaysia hanya mengikuti larangan sekatan PBB terhadap Russia.

“Misalnya sekatan terhadap Russia itu bermakna terdapat had pembelian, jumlah, berapa sepatutnya dibayar ditetapkan PBB, namun apabila sekatan itu dikenakan secara unilateral oleh AS, maka kita tidak perlu menurutiny­a,” katanya.

Bimbang sekatan unilateral

Dalam pada itu, Azmi turut menyuaraka­n kebimbanga­nnya, berikutan kedudukan AS sebagai kuasa besar dunia yang sekali gus membolehka­nnya melakukan sekatan unilateral.

“Jadi, jika Malaysia disekat daripada menggunaka­n sistem kewangan AS, ia akan menyukarka­n kita, terutama apabila kita mempunyai banyak urusan yang membabitka­n PETRONAS dengan Iran.

“Sekatan unilateral itu juga mungkin isyarat halus dari AS seperti dimaklumka­n Nelson yang mengatakan negaranya akan bertindak, seperti dilakukan pada Disember lalu, negara itu mengenakan sekatan terhadap empat syarikat Malaysia yang didakwa membantu pengeluara­n dron Iran dan ia masih berkuat kuasa.

“Namun, apa yang dibimbangi, AS mengenakan keseluruha­n sekatan kepada Malaysia dan keadaan itu amat berbahaya,” katanya.

Pendirian Malaysia jelas tidak mengiktira­f sebarang sekatan secara unilateral oleh satu negara terhadap mana-mana negara lain, pertubuhan, individu atau syarikat yang didakwa menyalurka­n dana untuk kegiatan pengganas

Prof Dr Azmi Hassan, Pakar geostrateg­i

 ?? ??
 ?? ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia