Berita Harian

Tarikh umum keputusan SPM kekal

Penetapan 27 Mei tak jejas cuti guru, beri masa pelajar rancang persiapan kemasukan ke IPT

- Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my

Tebal: Kementeria­n Pendidikan (KPM) mengekalka­n tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pemilihan tarikh itu tidak akan menjejaska­n perancanga­n cuti guru, sebaliknya ia adalah bagi memastikan pelajar lepasan SPM mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).

“Dalam hal ini (tarikh pengumuman keputusan SPM), kita mendengar semua pandangan apatah lagi yang berkait rapat dengan kesejahter­aan guru.

“Saya tekankan kita akan kekal (tarikh keputusan) itu pada 27 haribulan ini sebagaiman­a yang telah kita umumkan.

“Jadi, guru-guru yang sudah merancang percutian teruskan bercuti kerana ia tidak ada masalah, apatah lagi keputusan ini boleh diperoleh secara dalam talian. Bagi anak-anak yang memerlukan (jauh dari sekolah mereka) boleh mendapatka­nnya dalam talian atau boleh pergi ke mana-mana sekolah terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rayuan Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang meminta KPM mengeluark­an keputusan SPM Tahun 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui

pemberita ketika merasmikan Karnival HIP peringkat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, di sini, semalam.

Pastikan tiada isu berbangkit

Fadhlina berkata, sesi libat urus akan diadakan dengan segera untuk memastikan tiada isu berbangkit ketika pengumuman keputusan SPM nanti.

“Apa yang kita lakukan ini adalah paling penting anak kita (calon lepasan SPM) ada masa yang cukup untuk buat persiapan (kemasukan ke IPT) khususnya

di peringkat (membuat permohonan dalam talian) UPU (Unit Pusat Universiti).

“Jika pihak pentadbir kena uruskan (berkaitan pengumuman keputusan SPM) masih ada masa selama tiga minggu.

“Tempoh masa ini panjang dan mencukupi bagi (pihak pengurusan sekolah) merancang dan menyelaras mekanisme pengurusan serta pentadbira­n tugas berkaitan pengeluara­n keputusan peperiksaa­n,” katanya.

Kelmarin, NUTP merayu KPM mengeluark­an keputusan SPM Tahun 2023 lebih awal iaitu pada

23 Mei ini.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon dilaporkan berkata, ini kerana guru-guru sudah membuat perancanga­n awal sempena cuti persekolah­an yang bermula pada 25 Mei ini.

“Jika mengikut kenyataan media KPM, keputusan akan dikeluarka­n pada 27 Mei, kebanyakan guru sudah berada di kampung halaman masing-masing dan ada juga guru yang sudah merancang percutian bersama keluarga masing-masing,” katanya menerusi kenyataan.

 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Fadhlina melihat sesi pembelajar­an elemen sensori selepas Majlis Perasmian Bilik Multisenso­ri Pendidikan Khas Sumbangan Able Perfect Sdn Bhd Dengan Kerjasama Yayasan Didik Negara di SK Seri Sentosa, Nibong Tebal, semalam.
(Foto Danial Saad/bh) Fadhlina melihat sesi pembelajar­an elemen sensori selepas Majlis Perasmian Bilik Multisenso­ri Pendidikan Khas Sumbangan Able Perfect Sdn Bhd Dengan Kerjasama Yayasan Didik Negara di SK Seri Sentosa, Nibong Tebal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia