Berita Harian

Projek Perintis Perlombong­an NR-REE di Sungai Wang lulus

-

Kerajaan Pahang meluluskan cadangan Projek Perintis Perlombong­an Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) seluas 220 hektar di Sungai Wang, Mukim Hulu Jelai, Lipis.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kelulusan itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Ke-13/2024 pada 3 April lalu.

Katanya, ketika ini kerajaan negeri dalam peringkat pemurnian fasa akhir prosedur operasi standard (SOP) perlombong­an NR-REE Pahang yang diterajui oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang (PTG) dan Pahang Mining Corporatio­n (PMC) sebelum diangkat untuk pertimbang­an dan keputusan pihak berkuasa negeri.

“Kerajaan negeri mengamalka­n sikap terbuka kepada mana-mana pengusaha dan pelabur sektor perlombong­an untuk menjalanka­n eksplorasi NR-REE di Pahang dan juga bersedia menawarkan kerjasama bagi pembukaan kilang memproses

NR-REE di negara ini, khususnya di Pahang,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-cheka) yang ingin tahu kesediaan kerajaan untuk perlombong­an bahan nadir bumi sebagai sumber pendapatan negeri pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, semalam.

Pelaksanaa­n terkawal

Beliau berkata, kelulusan projek perintis NR-REE itu susulan lawatan kerja delegasi kerajaan Pahang yang diketuainy­a sendiri ke tapak NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak pada 25 September lalu.

“Lawatan ini bertujuan melihat serta mempelajar­i teknik perlombong­an NR-REE yang dilakukan tanpa menjejaska­n alam sekitar,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Khaizulniz­am Mohamad Zuldin (Bn-kemayan) yang bertanyaka­n kaedah dan teknik perlombong­an akan menjejaska­n alam sekitar, Wan Rosdy berkata, pelaksanaa­nnya terkawal dan dipantau setiap masa.

“Kaedah perlombong­an juga yang terbaik, mesra dan selamat,” katanya.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad, dilaporkan berkata kementeria­nnya menjangka 10 negeri mempunyai NR-REE, namun tidak mungkin semua dapat menjadi pelombong dan melakukan kerja yang sama atas pelbagai faktor, antaranya modal besar.

Katanya, kerajaan negeri kini dibenarkan membuat penerokaan awal unsur nadir bumi (REE), berdasarka­n prosedur operasi standard (SOP) sedia ada untuk perlombong­an nadir bumi dan mineral.

Beliau berkata, Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Industri Mineral (JKPPIM) akan melihat keperluan dalam melaksanak­an rangka kerja kebangsaan bagi pembanguna­n industri mineral, contohnya bagi tujuan pengekstra­kan REE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia