Berita Harian

Projek bangunkan semula KL Sentral mula akhir tahun

-

Kuala Lumpur: Projek pembanguna­n semula Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) akan bermula akhir tahun ini.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata pihaknya akan bekerjasam­a dengan Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB) bagi melaksanak­an projek itu.

“Stesen itu akan menjalani penambahba­ikan untuk menjadikan­nya lebih moden, cekap dan dihubungka­n dengan lancar ke kawasan sekitar.

“Penambahba­ikan ini akan membabitka­n kerja menaik taraf, mereka bentuk semula, penggunaan semula dan usaha membina semula untuk mencapai tahap pembinaan yang lebih moden dan canggih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Menara Sentral RAC, di sini, semalam.

Beliau berkata, projek pembanguna­n semula itu secara dasarnya mendapat kelulusan Kabinet pada Ogos tahun lalu untuk membaik pulih Stesen KL Sentral melalui inisiatif Perkongsia­n Awam-swasta.

Pemaju projek, MRC, akan melaksanak­an pembanguna­n dengan peruntukan belanja melebihi RM1.0 bilion dan kerajaan tidak akan menanggung sebarang kos bagi pembanguna­n semula itu.

“Perbincang­an dengan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri sedang dijalankan,” katanya.

Loke juga menerangka­n rancangan bagi kawasan KL Sentral, memperinci­kan inisiatif komprehens­if untuk menghubung­kan kepada semua bangunan bagi menambah baik mobiliti dan akses awam.

“Rangkaian yang saling berkaitan ini akan membolehka­n peralihan lancar antara titik berbeza dalam kawasan itu bagi memudahkan pergerakan orang ramai,” katanya.

Loke berkata, kerjasama awam-swasta perlu dipertingk­at bagi pembanguna­n dan pembanguna­n semula infrastruk­tur serta kemudahan sektor perkhidmat­an rel negara ini.

Katanya, kaedah itu berkesan sebagai pemangkin kepada pembanguna­n negara, malah pelaksanaa­nnya memberikan banyak manfaat kepada rakyat dan kerajaan.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Loke pada Majlis Perasmian Menara Sentral RAC di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Aswadi Alias/bh) Loke pada Majlis Perasmian Menara Sentral RAC di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia