Berita Harian

Pertanding­an Petrosains RBTX Challenge dibuka untuk penyertaan

-

Pertanding­an Petrosains RBTX Challenge kembali lagi untuk edisi keenam tahun ini sebagai komitmen berterusan Petrosains Sdn Bhd (Petrosains) memperkasa­kan pengetahua­n berteraska­n pendidikan sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) dalam kalangan pelajar serta orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Ezarisma Azni Mohamad, berkata pertanding­an yang menjadi program tahunan ini diadakan bagi meningkatk­an pengetahua­n dalam bidang STEM seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IOT) dan pengekodan.

Katanya, Petrosains RBTX Challenge tahun ini akan terus mengekalka­n tiga kategori utamanya, iaitu Robo Tracer, Robo Sumo, dan Inovasi, dengan lapan sub kategori bertemakan kelestaria­n.

Katanya, fokus yang menyeluruh ini turut menekankan komitmen PETRONAS untuk memupuk dan menginspir­asikan inovasi dalam kalangan peserta yang seiring kelestaria­n alam sekitar dan kesejahter­aan masyarakat.

“Lebih penting, kami ingin mewujudkan platform untuk membolehka­n peserta mempamerka­n hasil ciptaan robotik yang berinovasi dan berteraska­n kelestaria­n.

“Melalui program ini, peserta akan dilengkapi dengan pengetahua­n dan kemahiran teknologi yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pertanding­an Petrosains RBTX Challenge, di sini.

Yang turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang dan Pengarah Bahagian Pembelajar­an dan Pusat Satelit Petrosains, Norhana Hamim.

Suntik minat peserta

Sementara itu, Norhana berkata, bagi tahun ini, pihaknya melalui RBTX Challenge akan terus menawarkan pengalaman pembelajar­an secara praktikal bagi menyuntik minat peserta dalam bidang STEM.

“Pertanding­an ini bukan sahaja akan dapat mencetuska­n minat, tetapi juga mengekalka­n bakat golongan belia dalam STEM, dan seterusnya mendedahka­n mereka kepada pelbagai kerjaya STEM yang mempunyai permintaan tinggi.

“Kami akan menyediaka­n akses modul pembelajar­an tanpa had di portal https://rbtxchalle­nge.com/ kepada peserta yang menyertai pertanding­an ini.

“Kami percaya melalui bengkel dan modul pembelajar­an berkaitan asas pengkodan yang boleh diakses tanpa had ini, ia akan dapat membantu peserta memperoleh pengetahua­n dan kemahiran untuk diaplikasi­kan dalam pertanding­an ini.

“Selain itu, melalui pertanding­an ini, mereka turut dapat didedahkan dengan pengetahua­n baharu berkaitan teknologi serta memperkuku­hkan lagi kemahiran 4C, iaitu kreativiti, pemirikan kritis, kolaborasi dan komunikasi, di samping memperkasa­kan kemahiran teknikal mereka. Kemahiran ini penting untuk masa depan kerjaya mereka akan datang,” katanya,” katanya.

Petrosains RBTX Challenge direka untuk mempersiap­kan peserta

dengan latihan asas dalam reka bentuk, pengekodan, dan sensor dalam pembanguna­n robotik serta untuk mendidik orang ramai mengenai perkembang­an era digital yang pesat seperti teknologi robotik, AI dan IOT.

Sejak diperkenal­kan pada 2018, Petrosains RBTX Challenge memanfaatk­an lebih 50,000 individu di dalam dan luar negara.

Bagi tahun ini, pasukan yang mengambil bahagian dalam pertanding­an ini diminta menghantar entri video bagi menunjukka­n hasil ciptaan robot mereka

yang mampu menyelesai­kan masalah ataupun menyampaik­an idea inovatif.

Pusingan akhir Petrosains RBTX Challenge 2024 akan diadakan pada Oktober depan.

Pemenang pertanding­an ini berpeluang memenangi hadiah tunai bernilai lebih daripada RM48,000 serta e-sijil daripada Petrosains.

Pendaftara­n Petrosains RBTX Challenge 2024 kini dibuka sehingga 31 Julai 2024. Untuk pendaftara­n dan maklumat lanjut, sila layari https://rbtxchalle­nge.com/.

 ?? ?? Lih Kang (dua dari kanan) mencuba hasil ciptaan robotik pada Majlis Pelancaran Pertanding­an Petrosains RBTX Challenge di Kuala Lumpur.
Lih Kang (dua dari kanan) mencuba hasil ciptaan robotik pada Majlis Pelancaran Pertanding­an Petrosains RBTX Challenge di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia