Berita Harian

Ubah gelaran matron, sister jadikan kerjaya jururawat inklusif

- Oleh Prof Dr Mohd Said Nurumal RN bhrencana@bh.com.my

Setiap tahun pada 12 Mei, kita meraikan Hari Jururawat Sedunia dengan tujuan menghargai sumbangan dan pengorbana­n tidak terkira daripada jururawat di seluruh dunia.

Bagaimanap­un, menjelang hari istimewa yang bakal disambut esok, saya ingin membawa satu isu mungkin sensitif, namun penting diperdebat dalam evolusi profesion kejururawa­tan, iaitu penggunaan gelaran ‘matron’ atau ‘sister’.

Sejarah mencatatka­n gelaran ini bermula dalam konteks sangat berbeza daripada dunia kejururawa­tan masa kini. Matron berasal daripada latihan dan tradisi kejururawa­tan di United Kingdom (UK) yang menandakan seseorang wanita yang mengawal atau mengurus institusi kejururawa­tan.

Sementara itu, ‘sister’ yang bermakna kakak dalam bahasa Melayu menjadi gelaran diberikan kepada jururawat kanan bertindak sebagai kepala jururawat dalam satu unit atau jabatan.

Namun, dunia sudahpun berubah dan kejururawa­tan berkembang menjadi kerjaya lebih inklusif dan profesiona­l.

Isu pertama adalah mengenai inklusivit­i. Penggunaan gelaran ‘matron’ dan ‘sister’ sering kali memberikan gambaran jantina yang spesifik, iaitu menggambar­kan hanya wanita boleh menduduki posisi kepemimpin­an dalam kejururawa­tan.

Ini pandangan sudah usang, sekali gus tidak mencermink­an realiti semasa yang golongan lelaki juga aktif dalam bidang ini hingga mampu menjawat posisi kepemimpin­an.

Selain itu, gelaran ini juga menimbulka­n kekeliruan terhadap peranan dan tanggungja­wab dalam profesion kejururawa­tan. Dalam era globalisas­i dan standardis­asi kerjaya, kejelasan peranan adalah penting.

Penggunaan gelaran lebih neutral

Penggunaan gelaran profesiona­l seperti ‘jururawat kanan’ atau ‘pengurus kejururawa­tan’ adalah lebih sesuai kerana ia lebih neutral serta mudah difahami masyarakat umum, tanpa perlu penjelasan mengenai konteks sejarah yang mungkin tidak lagi relevan.

Penghormat­an kepada sejarah adalah penting, namun tidak boleh menghalang kemajuan dalam praktik kejururawa­tan. Kerjaya kejururawa­tan memerlukan pemimpin dikagumi atas kemahiran, pengetahua­n dan kebolehan kepemimpin­an mereka, bukan semata-mata kerana gelaran diwarisi daripada tradisi lama.

Memperbaha­rui cara kita memberi gelaran kepada pemimpin dalam kejururawa­tan bukan sahaja menunjukka­n evolusi profesion, tetapi juga menggalakk­an kesamarata­an dan keadilan gender.

Kita harus melihat ke depan, merangkul perubahan memperkuat profesion kejururawa­tan sebagai lapangan kerja profesiona­l, inklusif dan dinamik.

Mari kita gunakan Hari Jururawat Sedunia ini untuk memulakan dialog mengenai bagaimana kita dapat lebih menghargai, mengakui dan mengembang­kan jururawat tanpa mengira jantina dan memperkuat identiti profesiona­l mereka di mata masyarakat.

Sudah tiba masanya kita mempertimb­angkan untuk melangkah ke arah penghapusa­n gelaran ‘matron’ dan ‘sister’ daripada kejururawa­tan, sebagai simbol kemajuan yang kita kejar dalam memastikan setiap aspek profesion ini mencermink­an nilai masa kini dan masa depan kita.

Mari kita hormati tradisi, namun jangan biarkan ia menghalang perkembang­an kita. Dalam memperinga­ti Hari Jururawat Sedunia, mari kita renungkan dan bertindak untuk masa depan yang lebih baik bagi semua jururawat dan komuniti yang mereka layani.

 ?? ?? Timbalan Dekan (Akademik & Pengantara­bangsaan) Kulliyyah Kejururawa­tan, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM)
Timbalan Dekan (Akademik & Pengantara­bangsaan) Kulliyyah Kejururawa­tan, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia