Berita Harian

Usah biarkan batu kapur pupus, ancam kehilangan identiti bangsa

Dalam konteks warisan geologi, selain membentuk rupa bumi unik dan mengagumka­n, batu kapur menyimpan rekod sejarah hidupan kuno hebat Landskap kars adalah sumber yang paling kurang diselidiki dan kurang mempunyai maklumat, sama ada untuk dipulihara atau d

- Pengarah Sains, Konsortium Universiti Industri, Kelestaria­n Landskap Kars Tropika Oleh Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo bhrencana@bh.com.my

Jikaanda ke Ipoh melihat perbukitan berbentuk kon atau penara bertebing tegak, ia adalah landskap kars tropika. Di Langkawi, kawasan Kilim dan Dayang Bunting ialah perbukitan kars membentuk landskap berpandang­an indah dan menjadi daya tarikan utama pelancong.

Di Mulu, bukit kars membentuk gua terbesar dan tertinggi di dunia, kini diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia. Di Batu Caves, Selangor, gua batu kapur dijadikan tempat ibadat masyarakat Hindu terpenting negara.

Di tempat lain, bukit batu kapur sedang dikuari untuk mendapatka­n sumber bumi penting bagi menghasilk­an bahan binaan dan industri.

Apakah itu landskap kars tropika? Di negara ini, perbukitan batu kapur menunjukka­n bentuk unik disebabkan proses perlarutan. Batu kapur terdiri daripada mineral kalsium karbonat, mudah dilarut air hujan berbanding batuan jenis lain.

Air hujan jatuh di atas permukaan akan membesarka­n rekahan, membentuk permukaan bergerutu dikenali pinakel. Air mengalir di dalam batuan pula membentuk rongga dan apabila semakin membesar, ia membentuk gua dan sungai bawah tanah.

Di dasar bukit batu kapur, turun naik aras laut atau air tanah, membentuk lekukan dalam, lamakelama­an menyebabka­n cerun bukit runtuh serta membentuk tebing tegak. Hasil proses perlarutan ini membentuk landskap kars.

Di terain tropika, proses luluhawa, perubahan batuan menjadi tanah amat tinggi. Oleh itu, di mana-mana sahaja yang kelihatan ialah hamparan tanah. Namun, di kawasan batu kapur, bahan larutan akan diangkut air hingga apa yang tinggal ialah dinding batuan segar.

Di dalam gua pula, bahan batu bapur yang dilarutkan, diendapkan semula membentuk stalaktit, stalakmit, tiang dan tirai pelbagai wajah dan saiz. Bentuk kars yang unik dan mewakili pelbagai bentuk menyerupai wajah dan objek menarik menjadi perhatian ramai.

Landskap kars tropika, amat menyerlah dan selalunya menimbulka­n rasa misteri dan memiliki daya tarikan tinggi.

Landskap kars di negara ini sangat terbatas, meliputi wilayah kurang daripada 3 peratus keluasan negara. Disebabkan ia mudah dilarut, saiz perbukitan semakin mengecil.

Batu kapur masih terbentang luas

Bayangkan, suatu ketika dahulu hampir 30 peratus Kuala Lumpur memiliki bukit batu kapur kars, tetapi hari ini yang masih tinggal hanya di Batu Caves. Jika kita gali puluhan meter di bawah tanah aluvium menutupi dataran rendah ibu kota, batu kapur masih terbentang luas. Kita masih memiliki banyak sumber batu kapur bawah tanah, terutama di Lembah Kinta dan Kuala Lumpur.

Landskap kars atau bukit batu kapur mempunyai nilai warisan alami dan budaya sangat tinggi. Dalam konteks warisan geologi, selain membentuk rupa bumi unik dan mengagumka­n, batu kapur menyimpan rekod sejarah hidupan kuno hebat.

Batu kapur terbentuk di dasar laut cetek berhampira­n daratan. Bayangkan kawasan batu karang di pinggir laut sekarang. Itulah sekitaran pengendapa­n batu kapur puluhan dan ratusan juta tahun lampau.

Bukan sahaja batu kapur terbentuk daripada rangka terumbu karang, di dalamnya terdapat pelbagai fosil atau tinggalan hidupan kuno yang menyimpan rekod sekitaran kehidupan, iklim lampau dan evolusi pembentuka­n bumi.

Landskap kars tropika juga memiliki warisan kepelbagai­an biologi unggul. Ia memiliki ekosistem dan sejumlah subhabitat unik dan luar biasa.

Ini disebabkan ciri landskap kars yang pelbagai. Di kawasan puncak atau dataran kars berpinakel, disebabkan lapisan tanah nipis dan kekurangan air, tumbuhan beradaptas­i membentuk hutan renik.

Di dinding curam pula, hanya tumbuhan mempunyai akar boleh mencengkam di celah rekahan sahaja boleh hidup. Saya menamakan habitat ini sebagai hanging garden of the limestone.

Di dalam gua, keadaan ketiadaan cahaya matahari pula menyebabka­n fauna dan flora perlu beradaptas­i dan menghasilk­an keendemika­n spesies tinggi.

Dalam konteks arkeologi dan sejarah juga, bukit dan gua batu kapur boleh dianggap benih ketamaduna­n manusia. Gua batu kapur menjadi tempat tinggal atau perlindung­an daripada haiwan buas bagi manusia purba.

Sebahagian daripada gua juga dijadikan tempat ibadat agama Hindu dan Buddha hingga hari ini. Gua Niah di Sarawak umpamanya menjadi tempat tinggal manusia sejak 40,000 tahun lalu.

Sementara itu, rangka manusia lengkap dikenali Manusia Perak berusia 11,000 tahun dijumpai di gua batu kapur di Lembah Lenggong. Kajian daripada pakar arkeologi negara mendapati ratusan gua mempunyai lukisan manusia berusia ribuan tahun, sebahagian­nya belum diselidiki.

Batu kapur juga adalah sumber bumi penting sebagai bahan binaan dan industri. Bahan terpenting paling banyak digunakan untuk industri pembinaan ialah simen, iaitu campuran batu kapur dan tanah liat.

Lihat sahaja semua bangunan, termasuk rumah kita, simen dan konkrit adalah bahan binaan asas sangat diperlukan. Batu kapur juga mempunyai banyak kegunaan sebagai bahan industri.

Antaranya ialah sebagai bahan pelekat, hidrolisis, penyerap, pewarna, pelarut, dihidrasi dan pelbagai lagi. Kehidupan moden tidak boleh menafikan keperluan batu kapur sebagai bahan industri utama.

Jika diperhatik­an, banyak batu kapur sudah dan sedang dikuari untuk menghasilk­an bahan binaan dan industri untuk keperluan manusia.

Kelestaria­n landskap kars adalah isu alam sekitar, warisan dan sumber asli di negara ini. Jika tidak ditangani secara berstrateg­ik, warisan alami dan budaya ini akan pupus, pastinya menyebabka­n kehilangan identiti bangsa dan negara.

Penggunaan sumber tidak lestari

Penggunaan sumber secara tidak lestari adalah bersikap tidak bertanggun­gjawab dengan keperluan anak cucu kita. Landskap kars ini juga sumber yang paling kurang diselidiki dan kurang mempunyai maklumat baik bagi kerajaan membuat keputusan bermaklum, sama ada untuk dipulihara atau digunakan secara lestari.

Kami bersyukur sebuah syarikat gergasi dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) bersepakat untuk mewujudkan Konsortium Universiti Industri mengenai Kelestaria­n Landskap Kars Tropika.

Usaha ini disokong lima universiti awam (UA) utama, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Pahang Al-sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pada 2024, konsortium ini memperkena­lkan biasiswa pengajian siswazah pada peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang geologi, biologi, arkeologi, pengurusan sumber dan kelestaria­n kars batu kapur.

Usaha ini bukan sahaja untuk mengumpul lebih banyak maklumat bagi pengurusan bermaklum, tetapi lebih penting lagi untuk menghasilk­an tenaga pakar berupaya mempelopor­i usaha mengimbang­i keperluan memulihara dan penggunaan lestari sumber batu kapur negara.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia