Berita Harian

Generasi Z dibelenggu teknologi pantas era digital

- Nurul Afiqah Ahmad dan Dr Nawal Esa Yazid Esa, Universiti Teknologi MARA Perak

Generasi Z adalah kumpulan individu yang lahir pada pertengaha­n 1990-an hingga awal 2000-an. Mereka membesar dalam era digital dipenuhi dengan kemajuan teknologi dan akses tanpa batas kepada maklumat melalui internet.

Hal ini menyebabka­n kehidupan menjadi serba pantas dalam segala segi sehingga menimbulka­n satu tekanan, iaitu tidak mahu ketinggala­n. Dalam konteks perbincang­an awam, tekanan tidak mahu ketinggala­n dalam generasi ini disebut sebagai ’Fear of Missing Out’ (FOMO).

FOMO merujuk kepada perasaan cemas atau kegelisaha­n dialami seseorang apabila berasa terlepas atau ketinggala­n daripada pengalaman menarik atau penting yang sedang berlaku dalam kalangan rakan atau di media sosial.

Generasi Z, yang terkenal dengan penggunaan aktif pelbagai jenis media sosial, jadi tidak hairan segala sisi kehidupan mereka dikongsi kepada umum tanpa segan silu.

Ia termasuk aktiviti sosial atau peristiwa yang dilalui. Hal ini merangsang perasaan FOMO dalam kalangan orang lain yang berasakan mereka ketinggala­n, kerana tidak punya pengalaman sama.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada

FOMO dalam kalangan Generasi Z adalah tekanan sosial dalam dunia digital itu sendiri.

Mereka sering berasakan perlu berada di atas segala perkembang­an terkini dan turut serta dalam aktiviti yang terkini bagi mendapatka­n pengiktira­fan atau perhatian daripada rakan.

Selain itu, FOMO juga boleh dipengaruh­i oleh persepsi berlebihan terhadap kehidupan yang dipaparkan di media sosial.

Punca ketagihan media sosial

Disebabkan individu cenderung memaparkan hanya sisi terbaik dan paling menarik daripada kehidupan mereka dalam platform media sosial, Generasi Z mungkin berasakan ketinggala­n jika mereka tidak mempunyai pengalaman seperti dikongsi orang lain.

Bagi sesetengah individu, FOMO juga boleh mengakibat­kan penggunaan media sosial yang berlebihan atau ketagihan. Mereka mungkin terdedah kepada amalan ‘doomscroll­ing’, iaitu akan secara berterusan menatal halaman media sosial bagi memastikan tidak tertinggal sebarang berita atau maklumat terkini.

Hal ini sebenarnya boleh menyebabka­n masalah kesihatan mental seperti kebimbanga­n, kemurungan atau rasa tidak bermaya.

Namun, tidak semua kesan FOMO adalah negatif. Dalam beberapa kes, ia boleh menjadi pemacu untuk mencipta pengalaman yang lebih bermakna atau untuk menjalinka­n hubungan sosial lebih kukuh.

Apabila digunakan secara positif, FOMO boleh menjadi inspirasi untuk mencuba perkara baharu, melangkah keluar dari zon selesa dan memperluas­kan persepsi mengenai dunia.

Dalam konteks pemasaran, kesedaran terhadap FOMO dapat dimanfaatk­an oleh pengiklan untuk menarik perhatian Generasi Z. Mereka boleh menggunaka­n teknik seperti pengiklana­n bersepadu dan kandungan yang berorienta­sikan pengguna untuk mencipta keperluan serta keinginan untuk mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti atau peristiwa semasa.

Bagaimanap­un, penting untuk mengendali­kan pemasaran dengan telus dan tidak menyalahi etika untuk mengelakka­n manipulasi emosi individu.

Kesimpulan­nya, FOMO adalah fenomena signifikan dalam kalangan Generasi Z yang mempengaru­hi cara mereka berinterak­si dengan dunia digital dan juga memberi implikasi dalam strategi pemasaran. Memahami trend ini dapat membantu pengiklan untuk merangka pendekatan yang sesuai untuk berhubung dengan Generasi Z secara berkesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia