Berita Harian

KKDW salur RM1.41B untuk projek luar bandar di Sabah

Jumlah meningkat RM290.1 juta berbanding tahun lalu

- Oleh Izwan Abdullah bhnews@bh.com.my

Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntu­kkan RM1.41 bilion bagi melaksanak­an pelbagai projek atau program pembanguna­n luar bandar di Sabah pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jumlah itu membabitka­n peningkata­n sebanyak RM290.1 juta atau 20.5 peratus berbanding tahun lalu.

Katanya, jumlah itu adalah yang tertinggi diagihkan KKDW berbanding peruntukan yang diberikan kepada negeri lain pada tahun ini.

“Peruntukan itu merangkumi 295 program atau projek yang terdiri daripada 70 program atau projek baharu dan 225 program atau projek sambungan dengan kos keseluruha­n Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) berjumlah RM17.8 bilion,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan EXCO-EXCO Luar

Bandar (MEXCLUB), di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, daripada RM1.41 bilion itu, sebanyak RM1.06 bilion diperuntuk­kan untuk pelaksanaa­n 224 projek infrastruk­tur seperti Jalan Luar Bandar (JALB), Jambatan Luar Bandar (JMLB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB).

Katanya, peruntukan itu juga membiayai projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Projek Pemajuan Kawasan (PPK) bagi menyokong usaha kerajaan negeri untuk pembanguna­n di Sabah.

Sementara itu, Ahmad Zahid mengakui masih banyak projek luar bandar di Sabah yang belum dapat dilaksanak­an berikutan

masalah penyelaras­an di antara Kerajaan Pusat dan negeri.

Buat penyelaras­an

Katanya, ia merangkumi projek bernilai RM50 juta ke bawah yang diberikan kepada kerajaan negeri dan projek RM50 juta ke atas yang dilaksanak­an KKDW melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana.

“Banyak (projek yang belum dilaksanak­an) sebab keputusan Perdana Menteri sebelum ini bahawa projek RM50 juta ke bawah dilaksanak­an negeri dan RM50 juta ke atas dilaksanak­an oleh KKDW dan agensi pelaksana ialah JKR.

“Jadi, penyelaras­an mesti dilakukan supaya pemegang taruh akan berasa bahawa

terdapat penyelaras­an di antara kerajaan negeri dan KKDW,” katanya.

Katanya, aspek penyelaras­an penting untuk memastikan kelancaran projek dan ia adalah antara tujuan mesyuarat yang diadakan bersama EXCO luar bandar, semalam.

“Itu tujuan kita panggil mesyuarat ini, iaitu untuk menyelaras­kan di antara EXCO luar bandar supaya dapat bantu kita melaksanak­annya,” katanya.

Beliau memberi contoh, projek bekalan air luar bandar yang dilaksanak­an KKDW tidak dapat dilaksanak­an jika kerajaan negeri tidak menyediaka­n bekalan air atau menyelesai­kan soal pengambila­n tanah untuk projek terbabit.

 ?? (Foto Mohd Adam Arinin/bh) ?? Ahmad Zahid mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan EXCO-EXCO Luar Bandar (MEXCLUB) di Kota Kinabalu, semalam.
(Foto Mohd Adam Arinin/bh) Ahmad Zahid mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan EXCO-EXCO Luar Bandar (MEXCLUB) di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia