Berita Harian

Pembanguna­n kakitangan kesihatan perlu seiring fasiliti disedia

-

Kementeria­n Kesihatan (KKM) sedang menjalanka­n kajian terperinci mengenai perancanga­n sumber manusia bagi memastikan pembanguna­n kakitangan kesihatan seiring dengan pembanguna­n fasiliti kesihatan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kajian itu bagi memastikan fasiliti yang dibangunka­n kementeria­n dilengkapi tenaga doktor pakar, jururawat dan lain-lain sistem sokongan sumber manusia.

“Keperluan kita yang penting adalah untuk meningkatk­an jumlah doktor pakar. Selain itu, kementeria­n turut melihat kepentinga­n menyediaka­n satu pasukan yang lengkap bagi memberi sokongan terbaik kepada setiap doktor pakar.

“Seorang pakar bedah misalnya, memerlukan pasukan jururawat dan lain-lain sumber manusia sokongan bagi memastikan sesebuah fasiliti dapat berfungsi dengan baik. Kita tidak mahu ada fasiliti dengan empat bilik pembedahan misalnya, tapi cuma satu atau dua daripadany­a dapat dioptimumk­an penggunaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Hospital Baling dan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas, di Kedah, di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai keperluan lebih 28,000 doktor pakar menjelang 2030 bagi memenuhi keperluan kemudahan kesihatan di negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata kerajaan merancang untuk membangunk­an lebih banyak fasiliti kesihatan dengan kemudahan kepakaran di hospital daerah.

Katanya, dengan adanya kemudahan kepakaran di hospital daerah, ia akan dapat mengurangk­an kesesakan pesakit di hospital besar.

“Kita merasakan melangkah ke hadapan, membina fasilitifa­siliti KKM nanti inilah kualiti yang kita mahukan.

“Sekali gus akan mengurangk­an kepadatan di hospital-hospital seperti Hospital Sultanah Bahiyah, dan Hospital Kulim dan lain-lain,” katanya.

Bangunan Tambahan Hospital Baling siap pada 26 Februari lalu dengan kos keseluruha­n RM124.7 juta membabitka­n sembilan bidang kepakaran.

Bangunan baharu ini akan mula beroperasi pada 10 Jun depan seterusnya meningkatk­an kapasiti bilangan katil Hospital Baling kepada 210 katil, empat dewan bedah, lapan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lapan katil Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia